• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elak SOP Bebankan Jemaah Umrah

oleh AK-47
29/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Syarikat pe­ngendali umrah memohon kerajaan agar tidak melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) ibadah umrah baharu dengan terlalu ketat agar jemaah tidak terbeban lebih-lebih lagi jika ­melibatkan aspek pe­ningkatan kos.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata, ini kerana peningkatan kos itu akan ditanggung oleh jemaah sekali gus akan membebankan mereka seperti kuarantin wajib.

“Seboleh-bolehnya biarlah SOP umrah sama adil dengan SOP untuk pelancong dari luar seperti mana rancangan terkini kerajaan yang akan mula membuka pintu sempadan negara untuk pelancong luar bagi tujuan pemulihan sektor ekonomi.

“Kita juga berharap supaya pihak kerajaan benar-benar ­me­nguatkuasakan perundangan dan memperketatkan kawalan terhadap agensi atau orang perseorangan yang tidak berlesen, tetapi menjual pakej umrah kepada jemaah sehingga kebajikan mereka terabai,” ujarnya ketika dihu­bungi Kosmo! semalam.

Pada masa sama, menurut beliau, keputusan kerajaan membenarkan semula ibadah umrah pada 8 Februari depan adalah sangat tepat pada masanya ke­rana terlalu ramai jemaah yang telah merancang lama untuk
ke Tanah Suci.

“Kita menyambut baik keputusan tersebut kerana mencerminkan kerajaan yang prihatin dan menepati janji.

“Tempoh masa umrah dibuka tidak lama dan akan berakhir tiga bulan lagi, maka keputusan kerajaan untuk membuka se­mula umrah pada 8 Februari adalah peluang terbaik buat jemaah terutamanya yang telah tertangguh dua kali sejak dari awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita harap kerajaan dapat membantu agensi umrah de­ngan tidak lagi membuat sebarang keputusan penangguhan umrah secara tiba-tiba sebelum lain-lain langkah pengawalan diambil,” ujarnya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra), Harun KC Ahmmu memohon Kementerian Kesihatan (KKM) agar membenarkan jemaah yang pulang selepas menunaikan ibadah itu melaksanakan proses kuarantin di rumah ­masing-masing.

“Bumitra mendapati ramai jemaah yang sudah bersedia untuk ke tanah suci, namun ramai juga yang tidak bersedia untuk menanggung kos kuarantin kerana ia melibatkan wang ringgit.

“Melihat kepada caj pembayaran pusat kuarantin atau hotel yang dikenakan adalah tinggi antara RM250 hingga RM300 sehari, dalam kalangan jemaah tidak semua yang berkemam­puan dari segi kewangan untuk menanggung kos kuarantin yang tinggi ini,” katanya.

Katanya, Bumitra melihat kos itu akan membebankan mereka, jika proses kuarantin dibenarkan di rumah jemaah dengan satu peraturan dan kawalan yang ketat, dia yakin industri ini akan terus mekar.

Pada Rabu lalu, Kabinet memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Februari depan yang tertangguh sejak sebulan lalu.

-Kosmo Online

Tags: jemaah umrahSOPumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

Sekolah Wajib Ikut SOP KPM, Elak Tragedi Berulang

01/03/2025
0

Jelebu: Semua pentadbir sekolah wajib mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetap dalam melaksanakan aktiviti sukan dan kokurikulum Pengarah Pendidikan Negeri...

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

Jawi Nilai Semula SOP Keselamatan Masjid

03/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarahkan menilai semula prosedur operasi standard (SOP) keselamatan masjid susulan kejadian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd