• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DVS Kuat Kuasa Pelesenan Bagi Empat Aktiviti Libatkan Haiwan

oleh Mohd Arshad
18/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah mewajibkan pihak yang ingin menjalankan empat aktiviti membabitkan haiwan iaitu penginapan, menunggang dan mengepung, tempat perlindungan serta urusan jual beli haiwan hidup dalam kurungan mendapatkan lesen mulai 1 Jan lepas.

Ketua Pengarah Veterinar Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata langkah ini selaras dengan Seksyen 15 Akta Kebajikan Haiwan 2015, Peraturan-Peraturan Kebajikan Haiwan (Fi Pelesenan) 2021.

Beliau berkata di bawah akta itu, 13 aktiviti melibatkan haiwan berkaitan pengurusan, penyimpanan serta penjagaan yang mewajibkan pelesenan dan aktiviti lain akan dikuat kuasa dalam fasa berikutnya.

“Kewajipan pelesenan ini bagaimanapun tidak terpakai untuk pemilik haiwan kesayangan yang dipelihara di rumah,” katanya dalam sidang media webinar mengenai pelaksanaan penguatkuasaan aktiviti melibatkan haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Norlizan berkata aktiviti lain yang memerlukan lesen daripada DVS termasuk hotel dan spa untuk haiwan, kedai binatang peliharaan serta tempat perlindungan haiwan terbiar.

Beliau juga berkata DVS memberikan tempoh tangguh selama enam bulan kepada pemilik premis terbabit untuk mendapatkan lesen.

Katanya permohonan lesen perlu dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://awa.dvs.gov.my, dan fi yang dikenakan ialah RM100 untuk tempoh setahun bagi setiap aktiviti manakala RM50 bagi pembaharuan lesen untuk tempoh tiga tahun.

Dr Norlizan berkata antara syarat pemohonan ialah menyediakan pelan bagi premis terbabit dan memastikan lima keperluan haiwan seperti tempat tinggal yang selesa, diet mencukupi dan berkhasiat serta hak menerima rawatan daripada pakar atau doktor veterinar dipenuhi.

Beliau berkata sebarang pelanggaran melibatkan akta dan peraturan terbabit boleh dikenakan penalti antara RM15,000 dan RM75,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“DVS menyeru semua pihak berkepentingan agar memberikan kerjasama bagi mencapai objektif pelesenan tersebut dan seterusnya memastikan kebajikan haiwan menerusi aktiviti melibatkan haiwan terus terjamin,” katanya.

-Awani

Tags: DVShaiwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

DVS Terima 2,610 Aduan Berkaitan Kebajikan Kucing

28/01/2025
0

Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menerima sebanyak 2,610 aduan berkaitan kebajikan kucing termasuk dijadikan makanan kepada ular. IKUTI CHANNEL...

RM393.8 Bilion Untuk Belanjawan 2024

Peluru Zionis Turut Sasarkan Haiwan

13/10/2023
0

PETALING JAYA – Bukan hanya manusia, haiwan pun turut menjadi korban kekejaman Israel. Wow….pizza cuma RM11?…..nak tahu lanjut..klik sini….. Dalam satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd