• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bumitra Minta Kerajaan Tidak Tergesa-Gesa Tangguh Umrah

oleh Mohd Arshad
01/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra) meminta kerajaan tidak tergesa-gesa membuat keputusan menangguhkan ibadah umrah berikutan risiko penularan Covid-19 varian Omicron.

Naib Presiden Haji dan Umrah Bumitra, Shamsulnidza Mudari berkata, jangkitan Omicron di Arab Saudi mencatatkan jumlah kes yang jauh lebih rendah berbanding negara lain.

“Mengapa industri umrah menjadi sasaran sedangkan jumlah Omicron di United Kingdom jauh lebih banyak. Ibadah umrah merupakan ibadah suci, hak memilih harus di tangan jemaah.

“Kenyataan Centre for Disease Control and Penvention (CDC) USA menyatakan kesan Omicron lebih lemah berbanding Delta,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Shamsulnidza berkata, Bumitra mewakili 579 agensi pelancongan berpandangan tindakan yang perlu bagi membendung penularan Omicron dalam kalangan jemaah umrah dengan memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Menurut beliau, usaha membendungnya bukan dengan membuat tindakan yang bakal merugikan industri pelancongan termasuk agensi, syarikat penerbangan serta jemaah umrah.

Kata beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh berbincang untuk memperketatkan SOP sedia ada dan mengguna pakai kepada semua pengembara tidak terhad kepada jemaah umrah sahaja.

Ujar beliau, KKM harus memperkemaskan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) supaya jemaah tidak perlu menunggu lama di balai ketibaan kerana semua data telah dikemas kini oleh jemaah sewaktu di Tanah Suci.

Tambah beliau, agensi pelancongan menyokong jika terdapat keperluan vaksin penggalak diberi kepada jemaah umrah bagi melindungi mereka daripada dijangkiti.

“Bumitra sebelum ini telah berbincang dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkenaan SOP umrah dan semua SOP ditetapkan MOTAC serta KKM dipatuhi agensi pelancongan,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: Bumitraumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

Malaysia Cadang Bina Terminal Khas Jemaah Haji, Umrah

24/05/2024
0

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia memberi cadangan kepada Arab Saudi untuk membina terminal khas bagi membantu memudahkan urusan jemaah haji...

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

Anwar Berlepas Dari Riyadh Ke Jeddah Untuk Tunai Umrah

12/11/2023
0

Riyadh : Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Riyadh ke Jeddah bagi menunaikan umrah bersama isteri Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd