• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biden Percaya Russia Akan Serang Ukraine

oleh AK-47
21/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, percaya Russia akan menyerang Ukraine, sekali gus memberi penilaian suram mengenai usaha AS dan sekutu Eropahnya setakat ini.

Katanya, perkembangan semasa menunjukkan usaha untuk memujuk Presiden Russia, Vladimir Putin, supaya jangan menyerang Ukraine, tidak menunjukkan hasil.

“Adakah beliau (Putin) akan menguji Barat, menguji AS dan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara) dengan seberapa daya yang beliau boleh?

“Ya, saya fikir beliau (Putin) akan melakukannya dan akan menerima akibatnya, saya fikir beliau akan menyesal kerana melakukannya,” kata Biden kepada wartawan semasa sidang akhbar di Rumah Putih.

Komen Presiden AS itu dibuat sedang Russia mengerahkan lebih 170,000 tenteranya di sempadan dengan Ukraine sejak beberapa bulan lalu.

Biden sudah berulang kali berikrar akan melaksanakan sekatan meluas terhadap Russia jika pencerobohan berlaku.

Sementara itu, Moscow Selasa lalu menolak rundingan baru mengenai Ukraine melainkan pihak Barat menjawab tuntutannya,

Pada masa sama, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, terbang ke Kiev, Ukraine, sebagai tanda sokongan ketika kebimbangan pencerobohan Russia memasuki negara itu semakin memuncak.

Keadaan di sempadan Russia-Ukraine terus tegang, dengan Kiev dan pihak Barat menuduh Moscow sedang bersiap sedia bagi menyerang negara jirannya yang pro-Barat itu.

“Kami kini sedang menunggu maklum balas kepada cadangan kami, seperti yang dijanjikan, untuk meneruskan rundingan dan kami berharap perbincangan ini akan diteruskan,” kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov.

Selain itu, mengenai Iran, Biden berkata kini bukan masa untuk berputus asa bagi menghidupkan semula perjanjian bagi menyekat program nuklear Iran, ketika perbincangan antara kuasa dunia diadakan di Vienna, Austria.

Beliau memberitahu bahawa beberapa kemajuan sedang dicapai masih belum dapat dimuktamadkan selagi Teheran belum bersetuju membuat perjanjian.

Kumpulan perunding Biden berkata mereka bersetuju dengan sebahagian besar sekatan yang akan ditarik balik sebagai pertukaran buat Iran kembali mematuhi Pelan Komprehensif Tindakan Bersama.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat memenuhi permintaan Presiden Iran, Ebrahim Raisi, bagi jaminan bahawa pentadbiran AS masa depan tidak akan keluar daripada perjanjian itu seperti yang dilakukan bekas presiden, Donald Trump, pada 2018.

Blinken baru-baru ini memberitahu wartawan bahawa Iran dalam beberapa minggu lagi akan dapat menghasilkan bahan mencukupi bagi senjata nuklear.

“Adalah adil untuk mengatakan keputusan menarik diri daripada perjanjian nuklear ialah antara keputusan terburuk dalam sejarah dasar luar AS,” katanya kepada podcast Pod Save the World.

-Berita Harian

Tags: Joe BidenRussiaUkraine
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

Unit Pertahanan Udara Russia Musnahkan Dron, Ukraine Serang Moscow Dua Malam Berturut-Turut

06/05/2025
0

MOSCOW: Unit pertahanan udara Russia memusnahkan dron Ukraine yang menyasarkan Moscow untuk malam kedua berturut-turut, sekali gus memaksa penutupan lapangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd