• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Barisan Kabinet Sarawak Angkat Sumpah

oleh AK-47
05/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING : Jemaah Menteri Kabinet Sarawak mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, malam tadi.

Majlis Mengangkat Sumpah dan Pengkurniaan Watikah Pelantikan jawatan itu dijalankan secara hibrid menerusi tele video dengan Abdul Taib menyempurnakan dari kediamannya di Demak Jaya manakala ahli kabinet berada di Dewan Lapau, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendahului senarai 10 Menteri dan 26 Menteri Muda yang mengangkat sumpah jawatan pada majlis berkenaan yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abang Johari Abang Openg; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar.

Ia diikuti Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Majlis kemudian diteruskan dengan tujuh lagi menteri iaitu Datuk Seri Fatimah Abdullah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Datuk Seri Lee Kim Shin, Datuk John Sikie Tayai, Datuk Julaihi Narawi dan Datuk Roland Sagah Wee Inn mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Selesai 10 menteri terbabit, 26 menteri muda pula mengangkat sumpah didahului oleh Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Dr Jerip Susil dan Datuk Liwan Lagang.

Ia disusuli oleh Datuk Rosey Yunus, Datuk Len Talif Saleh, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Dr Annuar Rapaee; Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Datuk Dr Penguang Manggil, Datuk Snowdan Lawan; Datuk Abdullah Saidol, Datuk Sebastian Ting, Datuk Gerawat Gala, Dr Hazland Abang Hipni, Datuk Juanda Jaya, Aidel Lariwoo, Datuk Henry Harry Jinep, Dr Ripin Lamat, Mohamad Razi Sitam, Martin Ben, Datuk Majang Renggi, Jefferson Jamit Unyat, Datuk Gerald Rentap Jabu dan Micheal Tiang Ming Tee.

Abang Johari mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sejurus Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 76 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN-12) pada malam 18 Disember lalu.

Pada 30 Disember lalu, beliau mengumumkan barisan kabinet baharu Sarawak yang terdiri daripada 10 menteri dan 26 menteri muda dengan 12 daripadanya adalah muka baharu.

-Berita Harian

Tags: angkat sumpahkabinetsarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

Kabinet Maklum Isu Kampung Papan, Mahu Ditangani Lebih Tertib – Fahmi

14/11/2025
0

PUTRAJAYA: Beberapa menteri Kabinet menyuarakan pandangan supaya isu pengosongan dan perobohan rumah di Kampung Papan, Pandamaran ditangani dengan lebih tertib...

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

Draf RUU Tribunal Anti-Buli Dibentang Kepada Kabinet Esok – Azalina

23/10/2025
0

KOTA KINABALU: Perincian dasar dan polisi yang terkandung dalam draf penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Tribunal Anti-Buli dijadualkan akan dibentangkan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd