• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bank Dunia Lulus Dana Pendidikan Kemboja

oleh Mohd Arshad
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH: Bank Dunia meluluskan pembiayaan baharu untuk membantu Kemboja meningkatkan akses yang adil kepada pendidikan asas, menurut badan itu dalam kenyataan akhbarnya pada Rabu, lapor Xinhua.

Bank Dunia akan memberikan kredit US$60 juta melalui Persatuan Pembangunan Antarabangsanya kepada Kemboja, kata kenyataan itu.

Pembiayaan itu akan menyokong Projek Peningkatan Pendidikan Am selama lima tahun, yang bertujuan mewujud dan membangunkan sumber manusia untuk pembangunan masyarakat yang berasaskan pengetahuan di negara Asia Tenggara itu.

“Kemboja sudahpun berjaya dalam memperluas akses kepada pendidikan, namun akses kepada pendidikan yang adil untuk kumpulan kanak-kanak tertentu, seperti mereka yang tinggal di kawasan terpencil, datang daripada keluarga miskin atau komuniti etnik minoriti, dan mereka yang hidup kurang upaya, masih perlu ditangani,” kata Pengurus Negara Bank Dunia untuk Kemboja, Maryam Salim.

“Selain itu, pembelajaran pelajar juga banyak terjejas berikutan penutupan berpanjangan sekolah akibat pandemik COVID-19. Kami amat berharap projek itu akan menangani cabaran ini dan dibangunkan semula dengan lebih baik,” katanya.

Aktiviti utama projek itu termasuk melaksanakan program pengurusan berasaskan sekolah, menyediakan pembangunan kapasiti guru, pemimpin sekolah, jurulatih guru dan kakitangan pendidikan, dan menambah baik persekitaran pembelajaran, kata kenyataan akhbar itu.

Ia termasuk untuk pembinaan dan pemulihan bangunan sekolah, makmal sains, institusi latihan guru, asrama guru, dan sekolah pendidikan khas, pembelian peralatan teknologi pendidikan, serta sokongan untuk pelajar kurang upaya, tambahnya.

Bernama-

Tags: bank duniadana pendidikanKemboja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN Esok Ditangguhkan, Malaysia Terus Pantau Keadaan Di Thailand, Kemboja

15/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan bagi memastikan semua perkara disusun secara teratur, kata Datuk...

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

Wanita Kamboja Rayu Bantuan Indonesia Hentikan Ketegangan Dengan Thailand, Mengapa Bukan Malaysia?

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita mendakwa  asal Kamboja merayu bantuan Indonesia bagi membantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd