• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Larkin Keluar BERSATU

oleh AK-47
29/01/2022
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd Izhar Ahmad, semalam mengumumkan keputusannya keluar daripada BERSATU, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor berkata, keputusan itu diambil selepas hilang kepercayaan terhadap Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mohd Izhar berkata, pemimpin itu didakwa bukan sahaja gagal membawa parti ke tahap lebih baik, malah dilihat tidak berusaha memulihkannya selepas membawa haluan sendiri daripada kumpulan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Sikap sedemikian bukan sahaja merencatkan perkembangan parti, malahan menjejaskan idealisme penubuhan BERSATU.

“Ia memberi kesan kepada rakyat terutama orang Melayu dan kepentingan Islam. Demi kestabilan politik dan masa depan rakyat Johor, saya harap pengundi dan penyokong khususnya di DUN Larkin mengundi calon Barisan Nasional (BN).

“Saya mengambil keputusan ini dengan berat hati selepas parti saya sokong selama ini hilang hala tuju dan gagal meneruskan agenda penubuhannya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Mohd Izhar turut mengambil keputusan tidak mempertahankan kerusi DUN Larkin atau bertanding di mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Katanya, generasi muda harus diberi peluang dan BN diharap diberi laluan memerintah demi memastikan usaha membantu rakyat keluar daripada pandemik COVID-19 dan kemelut ekonomi dapat dilaksanakan dengan baik.

“Ketika PRU-14 bukan kami (PH) hebat, tetapi kemenangan ketika itu atas desakan rakyat, rakyat mahu perubahan dan ia berlaku, jadi tak letak saya pun orang lain menang.

“Saya bersyukur dapat berkhidmat untuk rakyat dan lepasi KPI (petunjuk prestasi utama) sebagai wakil rakyat dan Exco.

“Saya tak ada kontroversi, rekod buruk dan saya kekal bekerja untuk rakyat,” katanya.

Mohd Izhar menyatakan akan membantu UMNO untuk ke landskap lebih baik dan bersama-sama rakyat memperjuangkan agenda orang Melayu, Islam dan keseluruhannya rakyat Johor.

Beliau adalah bekas wakil rakyat BERSATU kedua keluar parti selepas ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang, berbuat demikian pada Khamis lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Mohd Izhar bertanding di bawah logo PKR dan memenangi saingan tiga penjuru di DUN Larkin dengan majoriti 8,590 undi.

-Berita Harian

Tags: ADUN LarkinBERSATUkeluar parti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd