• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

79 Rakyat Malaysia Di Kazakhstan Selamat

oleh Mohd Arshad
08/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Luar hari ini mengesahkan kesemua 79 warga Malaysia yang berada di seluruh Kazakhstan selamat pada ketika ini.

Berdasarkan rekod Kedutaan Besar Malaysia di ibu negaranya, Nur-Sultan, rakyat Malaysia itu turut disahkan telah berdaftar dengan pejabat perwakilan diplomatik negara tersebut.

“Mereka terdiri petugas diplomat dan tanggungan selain kalangan petugas agensi Matrade dan Tourism Malaysia yang berpejabat di Almaty,” kata kenyataan berkenaan di sini.

Konflik di Kazakhstan meletus pada 2 Januari lalu apabila rakyat negara terbesar di rantau Asia Tengah itu melancarkan siri bantahan ke atas kenaikan harga bahan bakar domestik.

Protes penduduk awam bermula di bandar kaya petroleum, Zhanaozen sebelum merebak pula ke seluruh negara terutama di kota raya terbesar dan bekas ibu negaranya, Almaty.

Susulan itu, Presiden Kassym-Jomart Tokayev mengistiharkan darurat, manakala Perdana Menteri, Askar Uzaqpayevich Mamin dan seluruh jemaah Kabinet turut meletak jawatan.

Pertempuran antara perusuh dan pasukan keselamatan juga mengakibatkan 26 orang awam maut, lebih 1,000 lagi cedera dan sejumlah 3,700 penunjuk perasaan ditahan pihak polis.

Seramai 18 anggota pengawal nasional terbunuh manakala 748 lagi cedera yang memaksa kerajaan Kazakhstan memohon bantuan tentera Rusia dan jirannya bagi mengawal situasi.

Mengulas lanjut, Wisma Putra dalam kenyataan tersebut memberi jaminan bahawa pihaknya sentiasa memantau rapi segala perkembangan terkini di pelbagai wilayah di Kazakhstan.

“Pihak kedutaan turut mengeluarkan nasihat perjalanan kepada semua rakyat Malaysia agar mengutamakan keselamatan dan menjauhi lokasi tumpuan protes penduduk,” jelasnya.

Warga Malaysia juga diminta supaya mematuhi segala arahan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan negara berkenaan untuk mengelak insiden tidak diingini daripada berlaku.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular di Kazakhstan boleh menghubungi kedutaan di Nur-Sultan menerusi talian +7(7172)790690 atau +7(7011)010233 selepas waktu pejabat.

Bangunan Kedutaan Besar Malaysia yang terletak di No.26, Sarayshyk Street, Diplomatic District, 010000 Nur-Sultan turut boleh dihubungi menerusi e-mel [email protected].

Kazakhstan mencapai kemerdekaan daripada bekas Kesatuan Soviet pada 1991 dan Malaysia menjalin diplomatik setahun kemudian serta membuka kedutaan di Almaty pada 1996.

Bagaimanapun canseri tersebut dipindahkan ke Nur-Sultan pada 2011 lalu apabila Kazakhstan bertukar ibu negaranya sejak 1997 yang ketika itu masih lagi dikenali sebagai Astana.

Uniknya, pusat pentadbiran baharu negara Islam terbesar di dunia itu turut mengambil konsep model kota terancang Putrajaya malah menjadi bandar berkembar dengan Putrajaya.

-Utusan Online

Tags: Isu Kazakhstanselamatwarga malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rakyat Malaysia ‘Dibakar’ Di Bangkok, Mangsa Sempat Berbual Dengan Penyerang

Kes Rakyat Malaysia ‘Dibakar’ Di Bangkok, Mangsa Sempat Berbual Dengan Penyerang

09/08/2025
0

BANGKOK: Dua pelancongan warga Malaysia yang dibakar lelaki Thailand dilaporkan sempat berbual dengan penyerang mereka sebelum kejadian. Menurut saksi, kedua-dua...

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

Guru Sambilan Warga Malaysia ‘Kantoi’ Curi Kad Kredit, Puluhan Ribu Wang Tunai Di Jepun

18/02/2025
0

OSAKA: Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ditahan kerana mencuri kad kredit dan wang tunai berjumlah puluhan ribu yen ketika berlangsung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd