• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

20 Terbunuh Dalam Serangan Terbaharu Pakatan Arab Saudi

oleh Mohd Arshad
19/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ADEN : Serangan udara oleh pakatan tentera diketuai Arab Saudi terhadap sebuah bangunan di Sanaa, Yaman bagi menentang kumpulan Houthi, mengorbankan 20 orang termasuk orang awam.

Menurut media Houthi dan penduduk di situ, serangan di bandar Sanaa yang dikawal kumpulan itu adalah antara yang terburuk sejak 2019.

Difahamkan, seramai 14 orang terbunuh apabila pesawat pakatan tentera itu menyerang rumah seorang pegawai tinggi tentera Houthi, termasuk isteri dan anak lelakinya, menurut jiran dan seorang doktor.

Serangan udara itu adalah susulan daripada serangan dron dan peluru berpandu kumpulan itu pada Isnin lalu, ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan menyebabkan tiga terbunuh.

Pasukan pakatan tentera itu juga turut memintas lapan dron yang dilancarkan kumpulan Houthi ke arah Arab Saudi.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pula berkata, PBB bimbang dan kesal susulan serangan udara oleh pakatan itu, kata jurucakapnya Stephane Dujarric.

Kelmarin, Dujarric berkata, Guterres mengutuk serangan dron dan peluru berpandu ke atas UAE.

“Setiausaha Agung PBB sekali lagi meminta semua pihak untuk mengekang secara maksimum dan mencegah konflik ini daripada semakin meruncing,” katanya.

UAE semalam meminta Majlis Keselamatan PBB membincangkan serangan dron dan peluru berpandu oleh kumpulan Houthi kelmarin.

“Kami berharap Majlis Keselamatan mengeluarkan satu kenyataan kukuh mengutuk serangan berkenaan,” kata Duta UAE ke PBB, Lana Nusseibeh.

Kumpulan diplomat berkata, ahli jawatankuasa majlis itu mungkin akan bermesyuarat secara tertutup pada minggu ini.

Serangan pakatan berkenaan di sekitar bandar itu yang berlanjutan semalaman mengorbankan sejumlah kira-kira 20 orang, kata Timbalan Menteri Luar Negeri bagi pentadbiran Houthi, yang menguasai sebahagian besar utara Yaman, menerusi Twitter.

Dalam satu serangan oleh kumpulan Houthi, beberapa trak minyak meletup di dua tapak perindustrian di Abu Dhabi dan mencetuskan kebakaran berhampiran lapangan terbang Abu Dhabi.

-Berita Harian

Tags: Arab SaudiPakatan Arab Saudiserangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

Serangan Israel Ke Atas Iran Cetus Panik Sementara Dalam Pasaran

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Serangan tentera Israel ke atas Iran dijangka mencetuskan jualan panik sementara dalam pasaran saham serantau termasuk Bursa Malaysia,...

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

‘Mungkin Jho Low Kongsi Nombor Akaun Kepada Kerabat Arab Saudi’ – Najib

10/01/2025
0

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, hari ini, berkemungkinan nombor akaun peribadi Ambank miliknya dikongsi oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd