• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

142 Kawasan Di Petaling, Klang Alami Gangguan Bekalan Air

oleh Mohd Arshad
26/01/2022
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 142 kawasan di Petaling dan Klang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Seksyen 15 di sini pada Rabu.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, insiden itu berpunca daripada kerja-kerja pembangunan jalan berdekatan Lebuhraya Persekutuan oleh pihak ketiga pada Selasa.

Menurutnya, kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah tersebut akan bermula jam 3 petang pada Rabu.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 3 pagi, Khamis. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.

” Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna adalah berbeza bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Antara lokasi terjejas bagi daerah Petaling ialah Bandar Kinrara, Bandar Puchong Jaya, Glenmarie, Hicom Glenmarie, Hyatt Saujana, Jalan Puchong Batu 7 hingga Batu 13, Jalan Subang Airport dan Kampung Bohol.

Bagi daerah Klang antaranya Bandar Putera 2, Bandar Puteri, Jalan Datuk Hamzah, Jalan Istana, Jalan Kota, Jalan Kota Raja, Jalan Padang, Jalan Raja Lumu, Jalan Raya Barat, Jalan Raya Timur, Jalan Stesen & Solok Besar, Jalan Tengku Badar, Jalan Tengku Diauddin dan Jalan Tengku Kelana serta Kampung Jawa.

Elina berkata, bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

“Air Selangor ingin memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori-lori tangki.

” Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya.

Katanya, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di www.airselangor.com.

-Sinar Harian

Tags: Gangguan Bekalan Airklangpetaling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

Pemandu Mabuk Langgar Mati Penunggang Motosikal Dituduh Kes Bunuh

01/04/2026
0

KLANG -Tertuduh kes individu memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol sehingga menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal didakwa di bawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd