• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

176 Bahagian Pemuda UMNO Mahu Pemilihan Selepas PRU15

oleh Cj Mnh
17/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 176 bahagian-bahagian pemuda Umno menggesa supaya pemilihan parti diadakan selepas pilihan raya umum ke-15 bagi memastikan kestabilan parti terpelihara.

Menurut setiausaha pergerakan Pemuda Umno, Hasmuni Hassan, ia adalah antara usul utama daripada keputusan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda Umno bahagian yang berlangsung pada bulan ini.

BACA : Ahli UMNO Wajib Pertahankan Pimpinan Sedia Ada

“Ini bagi memastikan kerukunan serta kestabilan parti terpelihara dan dapat memberikan ruang kepada kepimpinan parti untuk fokus terhadap agenda membantu rakyat sebelum memulangkan mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan yang baharu.

“Kedua, hampir keseluruhan usul yang diterima daripada pergerakan pemuda Umno bahagian-bahagian yang telah bersidang, mengusulkan supaya Umno dan BN mengetengahkan lebih ramai calon muka baru dan calon anak muda dalam menghadapi PRU15 yang akan datang.

“Ini juga susulan aspirasi dan keputusan kepimpinan yang meletakkan 87 peratus muka baharu pada PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada PRN Melaka bulan lalu, BN menyaksikan kemenangan besar, apabila berjaya memenangi 21 kerusi daripada 28 kerusi keseluruhan.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata pemilihan Umno bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November 2022.

Bagaimanapun, katanya, ia perlu diadakan sebelum tamat tempoh semasa iaitu pada Disember tahun depan.

Mengulas lanjut, Hasmuni berkata melalui keputusan PRN Melaka, ia menjadi petunjuk bahawa tindakan kepimpinan BN telah memberikan kelebihan dan keyakinan rakyat untuk mengundi gabungan parti itu khususnya pengundi anak muda.

“Inilah suara majoriti akar umbi pemuda Umno di seluruh negara yang mahukan pengukuhan serta memastikan Umno menjadi organisasi terbaik yang dapat menjamin kestabilan demi kemakmuran negara.

“Saya juga percaya, pemuda Umno sebagai tiang dan teras kepada parti perlu sentiasa bersiap siaga dan memberi komitmen terbaik dalam menghadapi apa-apa jua keadaan.

“Semoga usul-usul yang diketengahkan dipertimbangkan dengan baik oleh pucuk pimpinan parti demi kebaikan bersama,” katanya.

MALAYSIAKINI

IKUTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd