• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trafik Penumpang Udara Diunjur Meningkat Lebih 300 Peratus Pada 2022

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengunjurkan trafik penumpang udara meningkat 316 peratus kepada 525 peratus tahun ke tahun pada 2022, mencatatkan antara 32.6 juta dan 49.0 juta penumpang.

Ini menandakan 30 hingga 45 peratus pemulihan daripada tahap trafik penumpang udara sebelum pandemik pada 2019, katanya dalam satu kenyataan bersempena dengan penerbitan edisi ke-10 laporan industrinya, Waypoint.

“Selain itu, syarikat penerbangan dijangka mengembangkan kapasiti tempat duduk secara berperingkat memandangkan permintaan perjalanan terpendam dan penjimatan terakru akan memacu pertumbuhan trafik penumpang pada 2022,” katanya.

Laporan Waypoint itu menggariskan prestasi sektor penerbangan Malaysia pada suku ketiga 2021.

Dalam laporan itu, MAVCOM mengetengahkan tanda-tanda awal pemulihan bagi sektor penerbangan tempatan pada bulan September dan Oktober 2021, yang masing-masing merekodkan 56.6 peratus dan 190.2 peratus pertumbuhan trafik penumpang udara bulan ke bulan.

Trafik penumpang udara untuk bulan-bulan berkenaan masing-masing berada pada 5.3 peratus dan 14.9 peratus daripada trafik yang direkodkan pada bulan yang sama 2019, katanya.

Pengerusi Eksekutif Datuk Seri Saripuddin Kasim berkata jumlah trafik penumpang udara untuk 2021 dijangka lebih hampir kepada unjuran senario terbaik MAVCOM iaitu 6.9 juta hingga 7.8 juta penumpang perjalanan udara.
Beliau berkata pelonggaran sekatan perjalanan, gelembung perjalanan, pembukaan semula sempadan antarabangsa ekoran pemberian lancar vaksinasi di Malaysia serta pengenalan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) baru-baru ini ke Singapura, telah menyumbang kepada pemulihan.

Inisiatif ini telah membolehkan aktiviti pelancongan dimulakan semula dengan petunjuk awal menjuruskan ke arah prospek positif bagi trafik penumpang udara Malaysia pada 2022, ujarnya.

“Perjalanan sektor penerbangan Malaysia ke pemulihan penuh masih jauh.

“Pemain/peserta industri penerbangan mungkin masih menghadapi cabaran besar di hadapan dengan kenaikan harga minyak mentah Brent dan bahan api jet yang boleh memberi kesan kepada kos operasi, serta kemungkinan varian baharu COVID-19, termasuk varian Omicron yang merebak dengan pantas.

“Bagaimanapun, kami tetap berharap industri ini akan terus maju, terutamanya apabila kerajaan Malaysia mempertimbangkan untuk membuka semula sempadan bersama beberapa negara lain,” katanya.

Mengenai kargo udara, Saripuddin berkata permintaan kekal berdaya tahan, dicerminkan oleh pertumbuhan tahun ke tahun yang ketara sebanyak 19.7 peratus dalam jumlah tan muatan kargo setiap kilometer (FTK) pada suku ketiga 2021.

“Suruhanjaya menjangkakan kargo udara terus kekal penting kepada industri untuk baki 2021 dan pada 2022,” tambah beliau.

Bagi 2022, trafik kargo udara diunjurkan berkembang antara 3.9 peratus dan 6.7 peratus tahun ke tahun atau 20.8 bilion hingga 21.6 bilion FTK, disokong oleh kemajuan program vaksinasi, pertumbuhan kukuh e-dagang, elektrik dan elektronik serta permintaan daripada rakan dagangan utama Malaysia, tambahnya.

Bernama-

Tags: Mavcom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mavcom Siasat Syarikat Penerbangan Ubah Jadual Sembarangan

11/05/2022
0

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) sedang menyiasat beberapa aduan mengenai syarikat penerbangan yang telah menggubah jadual penerbangan secara sembarangan tanpa penghantaran...

Kata Putus Harga Tiket Penerbangan Dicapai

18/04/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan tiga syarikat penerbangan - Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd