• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ: Mahathir ‘Tak Jujur’ Dalam Isu Statut Rom, ICERD

oleh Mohd Arshad
16/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad didakwa tidak jujur dalam isu Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), kata Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail berkata hal itu menjadi sebab baginda menentang Statut Rom dan ICERD yang ingin disertai kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Mahathir ketika itu.

“Saya dididik dari kecil lagi untuk sentiasa menghormati semua agama dan juga rakyat berbilang kaum. Saya dan keluarga saya juga telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat pelbagai kaum dan agama, serta akan terus membantu kebajikan semua kaum.

“Tetapi saya juga adalah seorang bangsa Melayu dan tidak lupa akan tugas saya untuk mempertahankan agama Islam. Itulah sebab saya menentang Statut Rom dan ICERD.

“Berkenaan isu Statut Rom dan ICERD ini, Tun Mahathir bukan sahaja tidak jujur kepada Majlis Raja-Raja, tetapi Tun juga tidak jujur sepenuhnya kepada rakyat Malaysia.

“Perkara yang dibuat secara tergesa-gesa pada ketika itu akan mengugat kesejahteraan rakyat dan menjejaskan hak keistimewaan orang Melayu,” tulis baginda dalam satu hantaran di Facebooknya.

Tunku Ismail berkata, baginda amat berbesar hati kepada Mahathir kerana turut mengatakan mengenainya dalam buku terkini yang ditulis ahli Parlimen Langkawi itu berjudul, ‘Capturing Hope’.

Bagaimanapun, kata TMJ dengan menyerang institusi diraja, Mahathir tidak akan dapat menyelesaikan masalah-masalah negara yang telah dicipta sendiri olehnya termasuk isu perpecahan dan asimilasi kaum.

Cadangan kerajaan untuk meratifikasikan ICERD menerima kecaman dan tekanan hebat daripada Umno, PAS dan orang Melayu.

Ia membawa kepada satu perhimpunan secara besar-besaran di Dataran Merdeka Kuala Lumpur bagi membantah ratifikasi ICERD.

Isu Statut Rom dan ICERD adalah satu daripada dua perjanjian yang menyebabkan PH dikritik.

Dalam pada itu TMJ berkata, satu lagi pengkhianatan kepada rakyat Malaysia adalah apabila janji-janji yang dibuat kepada rakyat tidak ditunaikan.

“Apa-apapun saya berdoa semoga Tun panjang umur, sentiasa menghormati semua kaum di Malaysia dan berpegang teguh kepada Perlembagaan Negara.

“‘I will see you soon, Tun (Saya jumpa anda nanti, Tun),” katanya lagi.

Pada 23 Nov 2018, kerajaan PH mengambil keputusan untuk tidak meratifikasi ICERD selepas beberapa minggu berlakunya demonstrasi.

ICERD yang diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1965 bertujuan menangani masalah perkauman, khususnya pemerintahan apartheid di Afrika Selatan ketika itu.

Pun begitu, ramai di Malaysia melihat konvensyen antiapartheid itu sebagai satu ancaman terhadap kedudukan istimewa orang Melayu (Perkara 153) dan Islam, walaupun “pengecualian” boleh dibuat untuk mengekalkan Perkara 153.

Secara keseluruhan, sehingga Nov lalu sebanyak 179 negara di seluruh dunia meratifikasi Icerd berbanding 18 buah yang belum.

Semua negara Islam telah meratifikasi Icerd, kecuali Malaysia dan Brunei.

Dalam perkembangan berkaitan, pada 6 April 2019, kabinet PH memutuskan Malaysia menarik diri daripada perjanjian Statut Rom yang diambil bersempena persidangan diplomatik di Itali pada 1998.

Statut Rom adalah satu treati (perjanjian) rasmi antara negara-negara dalam mengiktiraf Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) sebagai pelengkap kepada undang-undang sedia ada negara pihak (state party) untuk mendakwa individu yang melakukan jenayah antarabangsa.

Sehingga 4 Mac 2019, sebanyak 124 negara telah menjadi negara pihak kepada Statut Rom.

-Malaysia Kini

Tags: ICERDStatut RomTMJTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tindakan Pantas Berjaya Elak Pencemaran Sungai Semenyih

Next Post

Tiada Aduan Jualan Kotak Android

Related Posts

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

Ada JDT Kata Nak Tarik Diri – TMJ

05/05/2025
0

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan bahawa perbelanjaan kelab Harimau Selatan adalah antara yang paling rendah...

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

Legenda Liverpool Hargai Peluang Diberikan TMJ

02/04/2025
1

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Darul Ta'zim (JDT), Luis Garcia berterima kasih kepada Pemilik Harimau Selatan, Tunku Mahkota Ismail yang...

Next Post

Tiada Aduan Jualan Kotak Android

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd