• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Ahli Bersatu Bertanding Bebas Dipecat

oleh Mohd Arshad
13/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak tidak mempunyai pilihan lain selain melucutkan keanggotaan tiga ahlinya yang bertanding sebagai calon bebas pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.

Pengerusi Bersatu Sarawak, Senator Jaziri Alkaff ketika dihubungi Astro AWANI berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkara yang termaktub di dalam perlembagaan parti.

Katanya, meskipun telah diberi amaran sebelum dan semasa hari penamaan calon, namun mereka tetap enggan akur dengan arahan pucuk pimpinan.

“Mengikut perlembagaan Bersatu sekiranya terdapat mereka yang menjadi calon tanpa kebenaran daripada peringkat pusat maka mereka akan digugurkan.

“Kami juga telah kedua kita telah memberi amaran awal sebelum hari penamaan calon.

“Malah selepas dari penamaan calon juga kamu sudah memujuk untuk mereka menarik diri tetapi mereka enggan,” ujarnya.

Tiga ahli yang digugurkan secara automatik itu ialah Siki Balarik yang bertanding di Belaga, Ismawi Muhammad (Muara Tuang) dan Ricky Enteri (Bawang Assan).

Ketiga-tiga mereka bukan lagi ahli Bersatu dan akan bertanding menggunakan tiket Bebas.

Sebelum ini kita turut dikejutkan dengan kehadiran Datuk Ali Biju yang hadir sebagai calon Bebas di kerusi DUN N.39 Krian.

Namun, selepas empat hari penamaan calon, beliau memutuskan untuk menarik diri daripada terus bertanding.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan bahawa parti itu tidak bertanding pada PRN12 Sarawak untuk memberi laluan penuh kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Awani-

Tags: BERSATUPRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

Lautan Merah Di Gombak – Azmin Ali 

11/03/2026
0

Oleh MYNEWSHUB  GOMBAK – Kehadiran ramai penyokong pada Majlis Iftar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor di sini malam tadi...

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

Boleh Bincang Kalau Hendak Jawatan Ketua Pembangkang

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Ada baiknya kita ‘berpuasa’ dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan" Demiikian saranan Penolong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd