• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada PRK DUN Kempas – Speaker DUN Johor

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kaiat, memaklumkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kempas perlu diadakan berikutan penyandangnya dari BERSATU, Datuk Osman Sapian, meninggal dunia malam tadi.

Beliau berkata, kekosongan kerusi itu berlaku lebih daripada tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) iaitu pada Mei 2018.

“Oleh kerana kekosongan ini berlaku lebih tiga tahun daripada PRU-14, maka tiada PRK perlu diadakan.

“Selain itu tiada juga isu majoriti DUN Johor dengan kelebihan satu kerusi di pihak kerajaan, maka mengikut fasal 23(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, tiada PRK di DUN Kempas,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Suhaizan yang sedang mengerjakan umrah turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Osman.

Osman, 70, meninggal dunia di kediaman anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 11.45 malam tadi.

Pada 13 Oktober lalu, Osman yang juga Ketua Bahagian BERSATU Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor selepas diserang strok ringan dan pada November lalu, beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Bagaimanapun, pada 13 November lalu Osman dilaporkan kembali stabil, tetapi masih berada dalam pemerhatian rapi dan tidak sedarkan diri.

Osman adalah Menteri Besar Johor ke-16 dan yang pertama daripada BERSATU selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU-14.

Allahyarham menjawat jawatan itu selama 11 bulan, sebelum melepaskan jawatan pada April 2019.

-Berita Harian

Tags: PRK DUN KempasSpeaker DUN Johor
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Presiden Palestin Gesa Israel Mulakan Semula Proses Damai Yang Tertangguh

Next Post

Padah Lawan Arus, Wanita Maut Kemalangan

Related Posts

Puad Zarkashi Dilantik Speaker DUN Johor

21/04/2022
0

Ahli Dewan Undangan Negeri Rengit Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor...

Next Post

Padah Lawan Arus, Wanita Maut Kemalangan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd