• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kompromi Namun Tidak Wajar Hukum Mereka Tidak Berdosa

oleh Mohd Arshad
03/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat dalam aktiviti membuli dalam kalangan anggota tentera dan mereka boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati bersalah.

Namun demikian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan siasatan rapi perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang spekulasi ke atas mereka yang tidak berdosa.

“Tuan punya badan (pemilik akaun Twitter @pedoqpop) tidak tampil ke hadapan. Namun ada beberapa perkara lain yang dibangkitkan oleh netizen di luar sana. Saya telah minta timbalan menteri untuk membuat siasatan secara peribadi dan hal yang dipanjangkan kepada kita melalui DM (mesej peribadi).

“Kita tidak akan berkompromi dengan isu yang ada kaitan dengan buli tapi jangan kita dakwa mereka yang tidak berdosa dan siasatan rapi mesti dibuat.

“Jangan terikut-ikut dengan apa yang kita baca di luar sana, seseorang itu tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Saya tidak mahu anggota saya ditarik oleh ‘mahkamah media sosial’,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) 2022, di sini pada Jumaat.

Pada Khamis, Hishammuddin menggesa seorang individu yang mendakwa adiknya dibuli di sebuah kem tentera tampil memberikan maklumat supaya siasatan menyeluruh berhubung perkara itu dapat dibuat.

Menerusi mesej itu, individu berkenaan turut mendakwa gaji dan wang simpanan adiknya habis kerana terpaksa membeli barangan keperluan untuk sekumpulan anggota senior di kem tentera terbabit.

Dalam pada itu ketika ditanya sama ada perjalanan DSA yang dijadualkan Mac tahun depan kemungkinan akan terganggu ekoran varian baharu Omicron, beliau menjelaskan adalah terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.

“Mungkin dua atau tiga minggu (kita akan tahu), kita tunggu keputusan Kementerian Kesihatan. Memandangkan ia berkisar dengan kesihatan, kita serahkanlah kepada Menteri Kesihatan untuk mengumumkannya,” ujar beliau lagi.

Awani-

Tags: buliTentera
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

200 Burung Di Sepanyol Maut ‘Terjatuh’ Dari Langit

Next Post

Afrika Selatan Hadapi Gelombang Keempat Jangkitan Covid-19

Related Posts

Pelajar MRSM Dibuli Senior, 5 Suspek Ditahan

Pelajar MRSM Dibuli Senior, 5 Suspek Ditahan

26/06/2025
0

Besut: Seorang pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di daerah ini cedera di perut, rusuk dan belakang badan...

PRK Mahkota: Tentera, Polis Tunai Kewajipan Esok

PRK Mahkota: Tentera, Polis Tunai Kewajipan Esok

23/09/2024
0

KLUANG - Seramai 4,510 anggota tentera dan pasangan serta 401 anggota polis akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Afrika Selatan Hadapi Gelombang Keempat Jangkitan Covid-19

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd