• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUPP Akui Persaingan Sengit Kerusi DUN Kawasan Bandar

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui persaingan sengit perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan bandar terutamanya melibatkan pengundi majoriti masyarakat Cina dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Setiausaha Agungnya Datuk Sebastian Ting berkata antara kawasan bandar yang menjadi tumpuan dan penuh dengan cabaran ialah di Pujut, Senadin, Piasau, Batu Kawa, Kota Sentosa, Padungan, Batu Kitang, Pending dan Batu Lintang.

“Di seluruh Sarawak, semua kawasan yang pengundinya majoriti Cina dijangka menghadapi tentangan sengit dan mencabar termasuk kesemua 18 kerusi yang ditandingi oleh SUPP,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Sepakat@Komuniti anjuran Jabatan Penerangan di sini hari ini.

Katanya politik tidak boleh diramal, tetapi yang pasti kesemua calon dari SUPP akan terus menabur bakti selaras dengan objektif utama penubuhan parti itu sejak 1959 yang akan turun padang berkhidmat untuk rakyat.

“Kami semua sangat komited, bekerja keras dan tidak pernah mengalah kerana SUPP adalah parti yang berorientasikan perkhidmatan. Rakyat akan tentukan dan kita akan lihat berapa banyak sokongan yang kami terima,” katanya

Ketika ditanya mengenai Datuk Bandar Miri, Adam Yii yang menjadi calon baharu bertanding di Pujut, Sebastian berkata beliau yakin dengan keupayaan Yii untuk merampas kembali kerusi terbabit daripada DAP yang memenanginya pada PRN Sarawak ke-11.

“Tentunya kami di SUPP gembira apabila Datuk Bandar Miri Adam Yii adalah calon di DUN Pujut. Kami perlu berjuang bersama-sama bagi membawa kejayaan untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tambahnya.

Pada PRN11 kerusi DUN Pujut dimenangi Dr Ting Tiong Choon daripada DAP. Dr Ting kemudian dilucutkan kelayakan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada Mei 2017, kerana memiliki dua kewarganegaraan iaitu Australia dan Malaysia.

Pada PRN11, SUPP menang tujuh kawasan DUN iaitu Simanggang yang dimenangi Datuk Francis Harden Hollis, Datuk Seri Huang Tiong Sii (DUN Repok), Lo Khere Chiang (Batu Kitang), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (Batu Kawah), Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong), Sebastian (Piasau), serta DUN Senadin yang dimenangi oleh Datuk Seri Lee Kim Shin.

GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak, penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pula ditetapkan pada 14 Dis.

Bernama-

Tags: PRN SarawakSUPP
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perak Catat Satu Lagi Kes Di Sekolah

Next Post

Broker, Ejen Warga Asing Cuba ‘Tembus’ Sistem Imigresen

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

Broker, Ejen Warga Asing Cuba 'Tembus' Sistem Imigresen

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd