• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pendaftaran Automatik Undi18 Berkuatkuasa 15 Dis – SPR

oleh Cj Mnh
02/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pindaan umur kelayakan pengundi 18 tahun dan pendaftaran pemilih secara automatik telah diwartakan pada 1 Dis.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak berkata pewartaan Seksyen 3(a) dan (b) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 itu akan berkuat kuasa pada 15 Dis ini setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata pindaan kepada perundangan subsidiari berkaitan pilihan raya iaitu Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih)(Pindaan) 2021 dan Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya)(Pindaan) 2021 telah diwartakan pada 30 Nov lepas.

“Pindaan ini akan berkuat kuasa pada 15 Dis setelah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Seksyen 17 Akta Pilihan Raya 1958,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, SPR akan membentangkan kedua-dua pindaan peraturan-peraturan tersebut dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 dalam masa terdekat.

Seksyen 3 Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 menyatakan pindaan terhadap umur bagi warganegara yang layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dan membenarkan pendaftaran pengundi secara automatik bagi menggantikan sistem semasa yang menyaksikan rakyat Malaysia perlu memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

Sebelum ini, cadangan pindaan itu telah diluluskan pada mesyuarat kedua sesi kedua Parlimen ke-14 pada Julai 2019, namun tidak dilaksanakan.

Pada 7 Sept lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan SPR melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Dis ini bagi mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Kuching.

Pada 6 Sept lepas, Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Dis ini.

– Bernama

Tags: pengundi 18 tahunundi 18
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Zeti : Banyak Soalan Tidak Dijawab

Next Post

6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

Related Posts

Undi 18 Penentu Keputusan PRN Johor, Cerminan PRU-15

25/01/2022
0

SABTU lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus menyebabkan Pilihan...

Daftar Pengundi Automatik Semua Rakyat Berusia 18 Tahun Ke Atas

06/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan pendaftaran automatik sebagai pengundi kepada rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas di dalam...

Next Post

6 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah positif Covid-19

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd