• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Snoop Dogg Pilih Joe Flizzow

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tiada yang lebih membanggakan Joe Flizzow apabila bintang rap dunia, Snoop Dogg memilih dirinya bekerjasama dalam album terbaharu, Snoop Dogg Presents The Algorithm (The Global Edition) untuk pasaran antarabangsa.

Selepas dua dekad mempelopori genre hip hop di Malaysia, Joe Flizzow tidak menyangka pujian Snoop Dogg atas usahanya memperkasakan muzik itu di negara ini membawa kepada kerjasama mereka dalam album komplikasi berkenaan.

Melalui projek yang menghimpunkan ramai artis hip hop dan R&B dinaungi Universal Music Group (UMG) dari serata dunia, Joe Flizzow dipilih merakamkan lagu Alright nyanyian Redman dan Method Man yang menampilkan dirinya dan Nefertitti Avani.

Joe Flizzow atau nama sebenar, Johan Isham mengaku hilang kata-kata apabila mendapat undangan terbabit dalam projek istimewa itu.

“Apabila kerjasama ini terjadi, saya terdetik suatu perkara iaitu jangan sesekali putus asa dalam apa yang kita impikan. Kita tidak pernah tahu sesuatu yang mustahil mungkin jadi realiti.

“Saya mengikuti dan meminati perjalanan seni Snoop Dogg sejak 1993. Saya minat dengan apa yang diperjuangkannya hingga sekarang,” katanya.

Joe Flizzow berkongsi kisah tiga baju memaparkan Snoop Dogg yang sering dipakai ketika remaja.

“Saya ada tiga baju Snoop Dogg yang diulang pakai hingga ada yang bertanya apakah saya tiada baju lain. Di sekolah, ada kawan yang panggil saya Joe Snoop,” katanya.

Joe Flizzow pernah bertemu Snoop Dogg pada konsert di Bangkok, Thailand, kira-kira 10 tahun lalu.

“Selepas konsert berakhir, saya dibawa ke belakang pentas untuk bertemunya. Kami sempat merakamkan gambar. Kali kedua, saya jumpa Snoop Dogg pada sesi ‘post mortem’ anjuran DJ Uno.

“Pada mulanya, saya tidak pasti mahu pergi dan berbelah-bahagi. Namun, saya beranikan diri dan beliau sangat peramah,” katanya sambil menambah idolanya itu banyak bertanya mengenai Malaysia dalam pertemuan itu.

Bagi lagu Alright, Joe Flizzow menulis sendiri bait lirik dendangannya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

“Peluang berganding dengan Method Man dan Redman biarpun melalui sesi rakaman virtual tetap menyeronokkan,” katanya.

Joe Flizzow yang popular dengan lagu Apa Khabar bangga kerana Jalur Gemilang terpampang pada poster rasmi album Snoop Dogg itu.

“Impian saya seterusnya adalah mahu menampilkan Snoop Dogg dalam album terbaru berjudul Johan yang akan diterbitkan tahun depan,” katanya.

Selain Joe Flizzow, Yung Raja dari Singapura turut terpilih menjayakan album berkenaan menerusi lagu Qualified nyanyian Snoop Dogg selain menampilkan Larry June dan Oktober London.

Sementara itu, Snoop Dogg dalam kenyataan mengakui ramai bakat hebat bekerjasama dalam projek album kompilasinya itu.

“Mereka hadir dengan pelbagai gaya muzik dan memecahkan algoritma. Melalui album ini, saya beri anda perasaan bukan sekadar bunyi. Album ini sangat istimewa atas banyak sebab,” katanya.

Sebelum ini, Joe Flizzow pernah berduet dengan ikon hip hop antarabangsa, Warren G.

Januari lalu, single Ciao yang diterbitkan komposer dari Singapura, Alyph turut menyaksikan Joe Flizzow berkolaborasi dengan artis hip hop terkenal Korea Selatan, Jay Park dan MK dari kumpulan K-Clique.

-Berita Harian

Tags: joe flizzowSnoop DoggThe Algorithm (The Global Edition)
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MDA Jejaki Kit Ujian Kendiri COVID-19 Tak Sah

Next Post

Beberapa Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh, Banjir

Related Posts

Malaysia Pertimbang Cari Semula MH370

Hannah Yeoh ‘Tegur’ Joe Flizzow

03/03/2024
0

KUALA LUMPUR: "Pakaian sekolahnya tak seperti pakaian sekolah yang normal. Dia memakai seluar 'baggy' dan baju selalunya tak 'tuck in'...

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

Tiada Sengketa Antara Saya Dan Malique – Joe Flizzow

14/05/2023
0

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak pernah mempunyai sengketa dengan penyanyi, Malique, 45,...

Next Post

Beberapa Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh, Banjir

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd