• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sembilan Ekor Serigala Terlepas, Zoo Terpaksa Ditutup Serta-merta

oleh Mohd Arshad
25/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Montredon-Labessonnie: Gara-gara sembilan ekor serigala terlepas daripada jagaan, sebuah zoo di selatan Perancis terpaksa ditutup sementara untuk memastikan keselamatan pengunjung.

Agensi BBC melaporkan, tiada pengunjung yang tercedera ketika kejadian di Zoo Trois Vallées, namun kumpulan serigala berkenaan telah memusnahkan pengadang keselamatan dan memanjat pagar di sekeliling.

Biarpun haiwan itu tidak melepaskan diri dari zoo tersebut, empat daripadanya terpaksa ditembak sehingga mati, atas alasan ‘tingkah laku yang merbahaya’, menurut pegawai tempatan Fabien Chollet.

Baki lima lagi serigala telah ditembak dengan pelali dan diletakkan kembali ke tempat kurungan haiwan tersebut.

Dalam laman web rasminya, Zoo Trois Vallées memaklumkan, sehingga tahap kawalan keselamatan ditingkatkan semula, zoo itu akan ditutup selewat-lewatnya pertengahan Januari ini.

Dalam pada itu, pemilik zoo berkenaan Sauveur Ferrara berkata, kesemua serigala itu hanya tiba di zoo tersebut baru-baru ini.

Taman seluas 60 hektar itu, menempatkan lebih 600 haiwan termasuk singa, monyet dan burung Flamingo.

Awani-

Tags: Serigalazoo
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serigala Terlepas Dari Kandang Zoo, Pengunjung Lari Selamatkan Diri

Serigala Terlepas Dari Kandang Zoo, Pengunjung Lari Selamatkan Diri

28/12/2025
0

TOKYO - Seekor serigala terlepas di dalam kawasan sebuah zoo di barat Tokyo pada Ahad, menyebabkan pengunjung bertempiaran menyelamatkan diri...

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

Harimau Bintang Terlepas Dari Zoo, Netizen Kaitkan Dengan Filem Madagascar

15/01/2023
0

AUSTIN, TEXAS – Seekor harimau bintang yang terlepas dari sebuah zoo telah menimbulkan huru-hara bukan sahaja dalam kalangan penduduk di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd