• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Aktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU : Sabah mula mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri bagi berdepan sebarang kemungkinan berlaku banjir.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau telah mengarahkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di negeri ini diaktifkan susulan ramalan hujan lebat berterusan di kawasan pantai timur dan utara Sabah seperti dilaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Saya sudah menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untung untuk mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pejabat daerah untuk mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana di setiap daerah dan sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan seperti angin kencang, banjir dan tanah runtuh.

“Saya mahu semua pihak berkuasa memastikan saliran aliran air dan perparitan dibersihkan supaya ia tidak tersumbat jika hujan berterusan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan rakyat agar berwaspada dengan amaran yang dikeluarkan MetMalaysia bagi memastikan keselamatan diri sentiasa terjamin.

Sebelum ini, MetMalaysia mengeluarkan amaran berlaku hujan berterusan susulan Luruan Monsun Timur Laut yang diramalkan akan melanda kawasan pantai timur dan utara Sabah pada 27 hingga 31 Disember ini.

Justeru, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) mengingatkan semua agensi untuk bersiap sedia menghadapi situasi tersebut yang mungkin boleh menyebabkan bencana banjir khususnya di kawasan pantai timur Sabah.

-Utusan Online

Tags: Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

WHO Bimbang Sistem Kesihatan Dihimpit COVID-19

Next Post

Kertas Siasatan Ebit Lew Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Related Posts

Hujan Berterusan: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Di Sabah, Sarawak Diaktifkan

Hujan Berterusan: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Di Sabah, Sarawak Diaktifkan

06/08/2022
0

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri serta Daerah di Sabah dan Sarawak telah diaktifkan, dan diarahkan supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan, susulan...

Next Post

Kertas Siasatan Ebit Lew Diserah Kepada Pejabat Peguam Negara

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd