• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Russia Uji Serentak Beberapa Peluru Berpandu Hipersonik Zircon

oleh Mohd Arshad
25/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin semalam mengumumkan kejayaan pasukan tentera melancarkan serentak beberapa ujian peluru berpandu hipersonik Zircon hasil ciptaan Russia, sekali gus menyifatkannya sebagai ‘acara besar’ negara ini.

Sebagai kuasa dunia yang berlumba membangunkan senjata canggih, Russia mencatat beberapa kejayaan dalam ujian peluru berpandu ‘cruise’ hipersonik Zircon sebelum ini.

Namun, ini adalah kali pertama pihak berkuasa Russia melaporkan kejayaan ujian beberapa peluru berpandu Zircon yang dilancarkan serentak.

Dalam satu mesyuarat Kerajaan Russia, semalam, Putin memaklumkan pelancaran serentak peluru berpandu berkenaan dijalankan semalaman.

“Ujian itu dilaksanakan dengan jayanya dan sempurna. Ia adalah acara besar negara ini dan langkah penting dalam usaha memperkukuh keselamatan serta mempertingkat kemampuan pertahanan Russia,” katanya dalam ucapan yang ke udara melalui siaran televisyen.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Russia bagaimanapun tidak memberikan perincian lanjut mengenai perkara itu, ketika ditanya oleh AFP.

Dalam ucapan pada Februari 2019, Putin mendedahkan langkah Russia membangunkan senjata baharu yang dikatakan mampu mengenai sasaran di laut dan darat dalam lingkungan jarak 1,000 kilometer pada kelajuan Mach 9.

BHonline-

Tags: peluru berpandu hipersonikRusia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

TERKINI: Gempa Bumi Kuat Di Russia Cetus Tsunami Di Pasifik

30/07/2025
0

TOKYO: Satu gempa bumi terkuat yang pernah direkodkan telah melanda kawasan timur jauh Russia yang jarang didiami awal pagi tadi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd