• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Arah Jet Pejuang Iringi Pesawat Peninjau AS Di Laut Hitam

oleh Mohd Arshad
11/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW: Rusia menghantar jet pejuangnya untuk mengiringi pesawat peninjau tentera Amerika Syarikat (AS) yang melalui Laut Hitam, agensi berita TASS memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat.

Insiden itu berlaku ketika kebimbangan Barat terhadap pertambahan tentera Rusia berhampiran sempadan Ukraine.

Rusia memberi amaran tentang bahaya konfrontasi besar-besaran dengan Barat melainkan AS dan sekutunya memikirkan secara serius jaminan keselamatan untuk Moscow, selain turut meningkatkan prospek krisis peluru berpandu di Eropah.

Hal itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar Rusia, Sergei Ryabkov pada taklimat di Moscow ketika ketegangan memuncak antara Rusia dan dan kuasa Barat mengenai Ukraine dan kumpulan tentera Rusia di sempadannya.

Dalam panggilan video pada Selasa, Presiden Vladimir Putin meminta Presiden AS, Joe Biden untuk memberi jaminan keselamatan kepada Rusia bagi menghentikan penguasaan NATO ke arah timur.

Hubungan dua hala antara AS dan Rusia berada pada tahap terendah sejak Kesatuan Soviet berpecah pada 1991.

Rusia berkata mereka sedang ‘tunggu dan lihat’ walaupun Ryabkov mengakui tidak mengharapkan jaminan itu diperolehi.

“Sekiranya lawan kita di pihak lain – terutamanya AS, jika mereka menolak, dan cuba dan meneruskannya, keadaan akan menjadi lebih teruk,” kata Ryabkov.

Ryabkov mengkritik AS dan sekutu NATO kerana meningkatkan keupayaan ketenteraan mereka di Eropah Timur.

“Kita perlu mengelak krisis peluru berpandu baharu di Eropah. Kemunculan senjata jarak dekat dan sederhana di wilayah ini adalah laluan terus untuk meningkatkan konfrontasi,” katanya.

Awani-

Tags: Amerika SyarikatNATORusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kes Buli MRSM: 4 Lagi Ditahan, 6 Pelajar Dibebaskan

Next Post

Rakyat Mahu Kerajaan Negeri Yang Stabil, Bukan Terumbang-ambing

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

Rakyat Mahu Kerajaan Negeri Yang Stabil, Bukan Terumbang-ambing

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd