• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: Tiga Calon ‘Tentang’ Abang Johari Di DUN Gedong

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEDONG : Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg berdepan tentangan daripada tiga calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.

Tiga calon tersebut masing-masing daripada Parti Bumi Kenyalang (PBK), Tomson Ango dan Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang.

Seorang lagi yang turut memberi saingan kepada Ketua Menteri Sarawak itu ialah Mohamad Sofian Fariz Sharbin dari Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Ia sekali gus menyaksikan DUN N.26 Gedong akan berdepan saingan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

Perkara itu turut disahkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya N.26 Gedong, Abdul Khalid Manap ketika mengumumkan senarai calon pada pukul 10.20 pagi tadi.

Terdahulu, Abang Johari selesai menyerahkan borang pencalonan pada pukul 9.02 pagi.

Ia kemudian diikuti Tomson (PBK) 9.04 pagi, manakala Kamal (Amanah) pada pukul 9.11 pagi dan Sofian (PSB) pada 9.14 pagi.

Pada PRN11, DUN Gedong menyaksikan saingan tiga penjuru.’

Ia dimenangi oleh Datuk Naroden Majais yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 3,365 undi, menewaskan calon Amanah, Rapelson Richard Hamit dan calon Bebas, Uja Bensi.

Abang Johari merupakan penyandang kerusi DUN Satok sejak sembilan penggal lalu.

Namun, pada PRN12, beliau mengambil keputusan ‘mengubah angin’ untuk bertanding di DUN Gedong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 18 Disember sebagai hari pengundian bagi PRN12 Sarawak, manakala undi awal pada 14 Disember.

Sebanyak 82 Pusat Penamaan Calon (PPC) seramai rasmi ditutup tepat pukul 10 pagi tadi.

Seramai 1,252,014 orang pengundi di negeri itu layak mengundi dalam PRN12 Sarawak.

-Awani

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Sarawak: Pertembungan Lima Penjuru Berulang Di Bawang Assan

Next Post

PRN Sarawak: Pertembungan Empat Penjuru Di Batu Kitang, Batu Kawah

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

PRN Sarawak: Pertembungan Empat Penjuru Di Batu Kitang, Batu Kawah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd