• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN Sarawak: Lidam Assan Berdepan Saingan Enam Penjuru

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAPIT : Calon baharu, Lidam Assan, yang ditampilkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Katibas akan berdepan saingan enam penjuru.

Beliau bakal berdepan saingan daripada Sai Malaka dari Parti Bansa Dayak Bersatu Baru (PBDSB), Yunus Basri dari Parti Bumi Kenyalang (PBK).

Selain itu, beliau juga akan ditentang calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Munan Laja, Robertson Mawa dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Tengku Geruna yang merupakan calon Bebas.

Ini merupakan saingan yang sengit untuk kerusi di bawah parlimen Kapit.

Kerusi DUN Katibas sebelum ini disandang oleh Datuk Ambrose Blikau Enturan selama sembilan penggal.

Pada PRN11, Ambrose dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berjaya 4,681 undi sekali gus menewaskan calon DAP, Paren Nyawi, yang meraih 1,628 undi.

Bagaimanapun, Ambrose mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi DUN tersebut pada PRN12.

Bagi DUN Pelagus, penyandangnya Wilson Nyabong Ijang dari GPS pula bakal berdepan saingan sengit lima penjuru.

Ia melibatkan saingan daripada Solomon Kumbong (DAP), Moses Ripai (PBDSB), Kristopher Nyuak Bajok (PSB) dan Nyambong Sibat (PBK).

Manakala penyandang Bukit Goram, Jefferson Jamit Unyat juga berdepan saingan lima penjuru.

Ia menyaksikan saingan daripada Puso Bujang (PBK), Robert Sawing (PBDSB), Robert Segie (PSB) dan Joseph Jinggut (DAP).

-Awani

Tags: PRN Sarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PRN Sarawak: Pertandingan Empat Penjuru Rebut Kerusi DUN Baleh

Next Post

PRN Sarawak: Pertembungan Tiga Penjuru Di DUN Bukit Saban

Related Posts

GPS Menang Besar Di Mulu, Kuasai 76 Dari 82 Kerusi DUN

19/12/2021
0

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan keputusan pilihan raya bagi DUN Mulu dengan kemenangan milik Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia...

Abang Johari Angkat Sumpah Ketua Menteri Sarawak Ketujuh

18/12/2021
0

PETRA JAYA: Tan Sri Abang Johari Tun Openg malam ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak ketujuh, selepas Gabungan Parti...

Next Post

PRN Sarawak: Pertembungan Tiga Penjuru Di DUN Bukit Saban

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd