• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tumpas Kegiatan Bitcoin RM3.5 Juta

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANJUNG: Polis menumpaskan kegiatan mencuri elektrik bagi melombong bitcoin secara haram terbesar membabitkan rampasan RM3.5 juta di sekitar Manjung, di sini, semalam.

Lelaki berusia 28 tahun yang juga penjaga premis di Ayer Tawar, di sini, turut ditahan dalam operasi bersepadu khas bermula jam 9 pagi hingga 10 malam itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata operasi dilakukan hasil aduan awam dengan turut membabitkan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan.

Beliau berkata, kegiatan berkenaan turut mencuri bekalan elektrik mengakibatkan kerugian RM2 juta kepada TNB Perak.

“Kita merampas 1,720 unit mesin bitcoin dengan seunit dianggarkan bernilai RM2,000, 15 unit monitor, 22 Unit Pemprosesan Pusat (CPU), 16 unit papan kekunci, tujuh tetikus, 56 unit modem dan sebuah komputer riba.

“Selain itu, turut dirampas sebuah Toyota Hilux, 44 unit ekzos kipas, lima unit alat penggera dan tujuh unit kamera litar tertutup (CCTV). Semua barang ini dirampas daripada 30 premis diperiksa,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, di sini, hari ini.

Katanya, premis berkenaan adalah rumah kedai yang agak terlindung daripada orang ramai dan pihaknya masih melakukan siasatan lanjut bagi mengenal pasti dalang di sebalik kegiatan itu.

“Lelaki yang ditahan itu direman empat hari. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 dan 427 Kanun Keseksaan serta Akta Bekalan Elektrik 1990.

“Operasi ini kejayaan terbesar bersama TNB tahun ini. Kita meminta masyarakat menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan melombong (bitcoin) secara haram dan mencuri elektrik kepada IPD dan balai polis berhampiran,” katanya.

BHonline-

Tags: bitcoinPerak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Pemberontak Maut Di Kashmir

Next Post

Penduduk Rasa Gegaran Gempa Bumi

Related Posts

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

Harga Bitcoin Capai Paras Tertinggi Dalam Sejarah

20/01/2025
0

MOSCOW: Harga Bitcoin sekali lagi mencapai paras tertinggi harian bersejarah, melepasi AS$109,000, menurut data dagangan pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti....

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

Penyamun Berparang Di Muar Diberkas Di Sungkai, Perak

21/12/2024
0

MUAR - Dua lelaki dan seorang wanita dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata parang di Taman Sri Treh di Muar,...

Next Post

Penduduk Rasa Gegaran Gempa Bumi

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd