• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

18 Pegawai Rendah Polis Johor Dibuang Kerja – Ayob Khan

oleh Cj Mnh
12/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak 18 pegawai rendah polis dan seorang pegawai awam Kontinjen Johor dibuang kerja sejak Januari hingga bulan lepas kerana terbabit dalam pelbagai kesalahan, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mendedahkan perkara itu, beliau berkata hingga kini, terdapat 11 lagi kes salah laku tatatertib melibatkan pegawai rendah polis untuk tindakan buang kerja.

“Dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab, kita harus berpegang teguh kepada aspek integriti, amanah, tegas, adil dan berhemah. Dalam menjalankan tugas, kita ditohmah, dikritik, dikecam dan diugut. Sebarang kelemahan dan kekhilafan anak-anak buah, saya akan bertanggungjawab.

“Saya boleh bertolak ansur dan mempertahankan tuan-tuan dan dan puan-puan dalam isu di atas. Tetapi dalam konteks rasuah, salah laku, bersekongkol dengan penjenayah, dadah dan penyeliaan, tiada tolak ansur dan tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi,” katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di IPK Johor di Johor Bahru hari ini.

Mengulas mengenai statistik indeks jenayah negeri, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga bulan lepas turun kepada 4,036 kes, berbanding 6,726 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

Dalam tempoh sama, katanya, sebanyak 12,828 individu ditahan atas kesalahan dadah, iaitu kedua tertinggi antara kontinjen, dengan rampasan 12.38 tan dadah bernilai RM375.93 juta ringgit.

Ayob Khan berkata lima makmal haram dan enam stor dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM355.34 juta berjaya dibongkarkan, selain 20 sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan dengan skala tangkapan dan rampasan besar dalam sejarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor dan negara.

“Tindakan proaktif ini telah berjaya menstabilkan iklim politik dan sosial sekali gus merancakkan pertumbuhan ekonomi di Johor. Keamanan, kesejahteraan dan kehormanian masyarakat terus berada di tahap membanggakan dan memberi impak kepada proses pembangunan Johor seperti mana direncanakan,” katanya.

Terdahulu, Ayob Khan menyampaikan sijil penghargaan kepada 10 petugas media termasuk seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur Fadhliana Shaari bagi menghargai peranan dan sumbangan media dalam menyampaikan maklumat serta melaporkan kejayaan dicapai Polis Johor.

– Bernama

BACA – SPRM Sahkan Seorang Pegawainya Ditahan Polis

IKUTTI TWITTER MYNEWSHUB DI SINI 

Tags: Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sah Ayob Khan Dilantik Pengarah JSJN

24/12/2021
0

PETALING JAYA: Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman....

Dua Sindiket Edar Dadah Bernilai RM1.11 Juta Tumpas

14/11/2021
0

Polis Johor menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.11 juta menerusi tiga serbuan berasingan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd