• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Buru Lelaki 45 Tahun Susulan Penemuan Beg Silang Berisi Dadah

oleh Mohd Arshad
25/12/2021
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR MAS : Polis Kelantan sedang mengesan seorang lelaki berusia 45 tahun ekoran penemuan satu beg silang mengandungi dadah jenis heroin, syabu dan pil kuda yang dianggarkan bernilai RM33,260 di Kampung Perah Slow Machang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata beg silang itu ditemui ketika sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) menjalankan Op Narkotik di kampung terbabit pada 6.45 petang.

Beliau berkata ketika operasi itu anggota ternampak sebuah kereta Proton Wira diletakkan di tepi hutan di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di kampung itu yang dilihat mencurigakan.

“Anggota yang menghampiri kereta itu mendapati keadaan kereta itu terkunci tetapi pada masa sama terdengar bunyi pergerakan di dalam kawasan hutan berhadapan rumah tersebut, anggaran jarak 20 meter.

“Pihaknya terus berlari masuk ke kawasan hutan tersebut tetapi mendapati tiada kelibat orang dan ketika pemeriksaan dilakukan di kawasan sekitar kawasan telah menjumpai satu beg silang mengandungi pelbagai jenis dadah dan barang peribadi milik suspek,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Nasaruddin berkata pemeriksaan lanjut menemukan 87.5 gram heroin, 324 biji pil kuda dan 1.0 gram syabu di dalam beg silang itu selain sekeping kad pengenalan, dua kad bank, wang tunai, dua unit telefon bimbit dan anak kunci bertulis Proton.

“Berdasarkan semakan ke atas kad pengenalan yang ditemukan mendapati suspek mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan dadah dan kali terakhir ditahan adalah pada 16 Mei 2019 atas kesalahan sama.

“Polis juga telah membuat serbuan susulan ke alamat rumah suspek namun didapati tiada penghuni namun tindakan susulan akan diteruskan untuk mengesan suspek,” katanya yang menambah maklumat bahawa kes akan di siasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

-Awani

Tags: dadahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

49 Lagi Kes Positif COVID-19 Dikesan Dijangkiti Omicron

Next Post

Umum Kalendar Liga M Januari Depan

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

Umum Kalendar Liga M Januari Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd