• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkhidmatan Tren Di Beberapa Kawasan Dibatalkan

oleh Mohd Arshad
19/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan dibatalkan susulan banjir dan hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak semalam.

Menurut Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha, ia sebagai langkah keselamatan para penumpang yang menjadi keutamaan KTMB buat masa ini.

“Hujan lebat sejak semalam telah menyebabkan beberapa operasi tren terjejas di sektor Pantai Timur dan Lembah Klang. Oleh itu, kami terpaksa membatalkan beberapa perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang.

“Angin kuat telah menyebabkan pokok tumbang dan merosakkan alat talian atas, landasan juga ditenggelami air di beberapa tempat yang menyebabkan kelewatan serta pembatalan tren. Justeru kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Berikut adalah status terkini operasi tren KTMB:

KTM KOMUTER
(Pelabuhan Klang – Tanjung Malim – Pelabuhan Klang) Tren dari KL Sentral menuju ke Pelabuhan Klang akan ditamatkan di Stesen Subang Jaya. Tren ini akan berpatah balik ke KL Sentral.

Tiada perkhidmatan dari Stesen Batu Tiga menuju ke Stesen Pelabuhan Klang dan sebaliknya berikutan banjir dan tanah mendap di antara Padang Jawa dan Shah Alam.

ETS
Semua perkhidmatan ETS beroperasi seperti biasa.

KTM INTERCITY
a) Ekspres Rakyat Timuran
Perkhidmatan tren No. 26 dan 27 laluan Kempas Baru akan beroperasi seperti biasa.

b) Shuttle Timuran
Perkhidmatan Shuttle Timuran untuk semua laluan akan beroperasi seperti biasa.

SKYPARK LINK
Perkhidmatan ini beroperasi seperti biasa.

KTM KARGO
Semua tren kargo dari Pelabuhan Klang akan digantung sementara sehingga paras air di Stesen Batu Tiga kembali surut dan landasan di sektor Padang Jawa dan Shah Alam kembali pulih.

Para penumpang yang terjejas boleh mendapatkan pemulangan tambang penuh atau menukar tarikh perjalanan melalui e-wallet KITS atau di kaunter mengikut terma dan syarat.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari Facebook rasmi KTMB.

UtusanOnline-

Tags: KTMBperkidmatan tren
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd