• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perhimpunan Agung UMNO 2021 Ditangguh

oleh Mohd Arshad
25/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan bulan depan ditangguhkan susulan bencana banjir yang melanda negara.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dipersetujui oleh pimpinan parti itu.

Katanya, tarikh perhimpunan yang sepatutnya adalah pada 12 hingga 15 Januari ini ditangguh ke suatu tarikh yang dimaklumkan kemudian.

“Adalah dimaklumkan bahawa Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, Jawatankuasa Pengurusan UMNO dan ahli Majlis Kerja Tertinggi bersetuju agar Perhimpunan Agung UMNO 2021 ditangguhkan.

“Ini disebabkan bencana banjir yang berlaku di banyak kawasan dan pimpinan akar umbi diminta membantu mangsa-mangsa banjir.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana dilanda musibah banjir.

“Perhimpunan Agung UMNO biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri daripada 191 UMNO Bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Ahmad, musibah yang melanda negara ketika ini turut mendukacitakan parti itu.

“UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri terus membantu mereka (yang terjejas),” jelasnya.

-Utusan Online

Tags: ditangguhPerhimpunan Agung UMNO 2021UMNO
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd