• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perdana Menteri Batalkan Umrah Susulan Bencana Banjir

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU LANGAT : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terpaksa membatalkan ibadah umrah beliau yang dijadualkan 1 Januari ini susulan bencana banjir yang melanda negara ketika ini.

Dalam masa yang sama juga katanya, hampir kesemua menteri-menteri Kabinet yang berada di luar negara kini telah kembali ke tanah air.

“Mereka kini sudah balik tapi kita tak benarkan keluar disebabkan mereka perlu menjalani kuarantin.

“Saya sendiri terpaksa batalkan umrah yang sepatutnya pergi 1 Januari ini,” jelasnya pada sidang media yang diadakan di Masjid Kampung Dusun Tua, Hulu Langat tengah hari tadi.

Katanya lagi, ada dalam kalangan menteri yang telah berada di luar negara membatalkan cuti mereka, tetapi masih tidak dapat pulang ke tanah air kerana ketiadaan penerbangan.

Terdahulu, Perdana Menteri mengeluarkan arahan menteri Kabinet yang sedang atau merancang bercuti supaya membatalkan cuti mereka sehingga bencana banjir yang melanda negara ketika ini selesai.

Ia disusuli Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengarahkan semua Ketua Setiausaha setiap kementerian serta Ketua Pengarah setiap jabatan dan agensi yang sedang bercuti dan merancang untuk bercuti membatalkan percutian masing-masing, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam sidang media itu juga perdana menteri turut mengumumkan beberapa peruntukan khas bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir.

-Awani

Tags: Banjirumrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd