• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perarakan Piala Malaysia Dibatalkan

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Majlis perarakan Piala Malaysia dibatalkan kerana atas faktor keselamatan dan kesihatan orang ramai yang dijadualkan hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, perarakan tersebut terpaksa dibatalkan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kami patuh arahan MKN dan kami membatalkan majlis perarakan Piala Malaysia. Pembatalan ini membabitkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan tidak sesuai diadakan ketika pandemik COVID-19,” katanya melalui satu hantaran Facebook milikinya.

Juga sehubungan itu, Presiden pasukan bola sepak Kuala Lumpur (KL) City FC, Tan Sri Annuar Musa berkata, majlis ‘Victory Parade KL City’ terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan penyokong KL City FC.

“Dukacita dimaklumkan, Victory Parade KL City esok terpaksa dibatalkan. Kita akur supaya aktiviti-aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal tidak sesuai pada ketika ini.

“Keselamatan dan kesihatan penyokong KL City serta warga kota kita utamakan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Terdahulu, rata-rata portal media melaporkan, majlis tersebut diadakan untuk meraikan kejayaan KL City menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 pada Final TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.

-Utusan Online

Tags: perarakan piala malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd