• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penularan Jangkitan COVID-19 Libatkan Institusi Di Bawah KPM Terkawal

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin menjelaskan, penularan kes COVID-19 melibatkan warga institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selepas pelaksanaan sesi pembelajaran secara bersemuka berada pada tahap terkawal.

Menurut beliau, capaian itu diperoleh selepas perbandingan yang dibuat daripada keseluruhan lebih 10,000 buah sekolah di seluruh negara, selain 69 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi serta tadika-tadika swasta yang berada di bawah kelolaan kementerian itu.

Tambahnya, penularan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah yang terlibat termasuk pelajar dan guru juga hanyalah berada pada kategori 1 (tidak bergejala) dan 2A (gejala ringan) memandangkan majoriti daripada mereka telah lengkap divaksinasi.

“Kalau kita lihat secara keseluruhan (sekolah yang terlibat dengan jangkitan COVID-19) jika dibandingkan dengan jumlah sekolah yang ada serta sekolah berasrama yang ada (di bawah KPM), kita lihat bahawa keadaan pada waktu ini masih lagi dapat kita pantau dengan cukup baik,

“Kita tahu ada kes tertentu (khususnya) dalam konteks (sekolah) asrama, (sekolah-sekolah) ini (daripada) peringkat awal (lagi) kita amat teliti SOP (prosedur operasi standard) sekolah itu.

“SOP di (sekolah) asrama merupakan antara SOP yang amat terperinci yang kita laksanakan kerana dari sudut risikonya apabila berlaku satu kes (ia dapat merebak dengan cepat),” jelas beliau.

Radzi berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan Digital-AEON Sayap Bagimu di Institut Pendidikan Guru, Kampus Darul Aman di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, seramai 24 pelajar lelaki Maktab Mahmud Sik disahkan positif COVID-19, selepas menunjukkan gejala sejak 28 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata mereka adalah kes positif dalam kluster institusi pendidikan dikenali sebagai Kluster Dah Pelangi.

Terdahulu, Sekolah Seri Puteri di Cyberjaya diarahkan tutup sementara berikutan 135 kes baharu positif COVID-19 yang membabitkan warga sekolah berkenaan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Awani-

Tags: Covid-19KPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Broker, Ejen Warga Asing Cuba ‘Tembus’ Sistem Imigresen

Next Post

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

Related Posts

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

KPM Umum 6 Berita Gembira Untuk Guru, Boleh Mohon Bertukar Selepas 2 Tahun Berkhidmat

16/05/2025
0

KUCHING: Permohonan pertukaran guru boleh dibuat selepas berkhidmat cukup dua tahun tanpa syarat adalah antara enam berita gembira diterima warga...

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

KPM Diminta Perhebat Profesionalisme Perguruan Seiring Keperluan Pendidikan Abad Ke-21

16/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Institut Masa Depan Malaysia (MASA) meminta Kementerian Pendidikan (KPM) memperhebat usaha memperkukuh profesionalisme perguruan menerusi inovasi pedagogi, penyediaan...

Next Post

Daiyan Trisha Positif COVID-19, Yakin Ada Hikmah Di Sebalik Ujian

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd