• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur, Pengunjung Parti Liar Kolam Renang Dikompaun RM1.56 Juta

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Polis telah mengeluarkan kompaun bernilai RM1,565,000 terhadap penganjur dan pengunjung yang disyaki terlibat dalam parti liar di kolam renang sebuah kelab persendirian terkemuka di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya telah mengeluarkan kompaun sebanyak RM50,000 kepada penganjur manakala pengunjung tempatan seramai 87 orang dikenakan kompaun sebanyak RM435,000.

“Pengunjung warga asing seramai 216 pula telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,080,000, keseluruhan kompaun dikeluarkan ialah RM1,565,000,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Amihizam berkata, pihaknya telah menjalankan pemeriksaan terhadap 303 individu dan menahan 216 daripadanya.

“Kesemua yang diperiksa terdiri daripada 55 wanita dan 161 lelaki warga asing manakala 87 individu adalah warga tempatan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, semua individu yang diperiksa didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu berkumpul di suatu tempat hingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Kesemua 216 individu warga asing yang ditangkap kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields untuk siasatan lanjut,” katanya.

SinarHarian-

Tags: kompaunParti Liar
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8,000 Penjawat Awam Pahang Terima Insentif RM1,200

Next Post

Harimau Malaya Baham Kemboja

Related Posts

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

Lembu Rayau Akan Disita, Pemilik Bakal Dikompaun RM2,000

09/04/2025
0

KOTA BHARU – Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk merampas ternakan dan mengenakan kompaun maksimum RM2,000 terhadap penternak yang...

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

Kompaun RM4.4 Juta Dikeluarkan Kepada 12 Syarikat Berkaitan GISBH – Armizan

26/09/2024
0

PETALING JAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengenakan kompaun berjumlah RM4.4 juta terhadap 12...

Next Post

Harimau Malaya Baham Kemboja

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd