• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemuda Bersatu Gesa Rosmah Diekstradisi, Pasport Dibatal

oleh Mohd Arshad
04/12/2021
dalam Jenayah, Politik, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Pemuda Bersatu menggesa ekstradisi Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Abdul Razak, selepas dia gagal pulang ke Malaysia pada 21 Nov dan menghadiri perbicaraan mahkamahnya pada 2 Dis.

Ketua Penerangan Pemuda Bersatu Mohd Ashraf Mustaqim akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang ini.

Dalam jemputan kepada media, sayap parti itu memohon pasport Rosmah dibatalkan dan dia dibawa pulang ke negara ini.

“Terang-terang dia telah langgar dan hina perintah mahkamah. Ini satu penghinaan pada sistem keadilan negara,” katanya.

Rosmah, yang menghadapi pertuduhan rasuah berhubung projek tenaga solar kerajaan untuk sekolah luar bandar di Sarawak, tidak hadir di mahkamah pada 2 Dis.

Pasportnya dirampas berikutan pertuduhan itu tetapi dikembalikan sementara kepadanya untuk melawat anaknya Nooryana Najwa Najib di Singapura. Nooryana pada 1 Nov melahirkan seorang bayi.

Lawatan itu sepatutnya dari 22 Okt hingga 21 Nov.

Ini mendorong pihak pendakwaan untuk mendapatkan waran tangkap terhadap Rosmah tetapi Mahkamah Rayuan enggan berbuat demikian selepas peguam Rosmah menjelaskan ia berpunca daripada kesilapan.

Pasukan guaman Rosmah menjelaskan bahawa walaupun dia sepatutnya pulang ke Malaysia pada 21 Nov, dia memutuskan untuk kembali kemudian berikutan pengenalan Lorong Perjalanan Bervaksin (VTL).

VTL antara Malaysia dan Singapura dilancarkan pada 29 Nov yang membolehkan individu yang telah divaksin sepenuhnya melakukan perjalanan antara kedua-dua negara tanpa menjalani kuarantin Covid-19, tertakluk kepada beberapa peraturan termasuk ujian semasa ketibaan.

Peguam Rosmah memberi jaminan kepada mahkamah bahawa dia akan hadir untuk perbicaraan pada 6 Dis.

Rosmah menghadapi tiga pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Dalam pertuduhan pertama, dia didakwa meminta rasuah RM187.5 juta daripada Jepak Holdings Sdn Bhd untuk membantu mendapatkan projek Kementerian Pendidikan.

Projek bernilai RM1.25 bilion itu bertujuan membekalkan tenaga kepada 369 sekolah luar bandar di Sarawak menggunakan gabungan tenaga solar dan diesel.

Dalam pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa masing-masing menerima rasuah RM1.5 juta dan RM5 juta sebagai ganjaran untuk mendapatkan projek itu.

-Malaysia Kini

Tags: BERSATUPASPORTrosmah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Maut Makan Pai Shepherd

Next Post

Acryl Sani Dahului 58 Penerima Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran

Related Posts

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

Saman Kes Barang Kemas Hilang: Rosmah Dibenar Masukkan Kerajaan, PDRM Sebagai Pihak Ketiga

27/03/2025
0

PUTRAJAYA: Datin Seri Rosmah Mansor diberi kebenaran untuk memasukkan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pihak ketiga dalam saman...

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

03/11/2024
0

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung...

Next Post

Acryl Sani Dahului 58 Penerima Darjah, Bintang Dan Pingat Kebesaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd