• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembukaan Semula Sekolah Ditangguh Seminggu

oleh Mohd Arshad
24/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan sesi persekolahan yang sepatutnya bermula pada 3 Jan atau 4 Jan tahun depan ditangguhkan selama seminggu.

“Mengambil kira kira situasi banjir semasa di seluruh negara yang melibatkan murid, ibu bapa dan guru-guru yang secara langsung atau tak langsung, juga mellibatkan sekolah-sekolah sama ada sebagai pusat pemindahan sementara ataupun sekolah yang terjejas teruk, maka KPM membuat keputusan sesi persekolaha penggal ketiga 2021-2022 ditangguhkan seminggu.

“Maknanya sesi sekolah akan bermula pada 9 Jan 2022 bagi negeri kumpulan A, dan 10 Jan 22 bagi kumpulan B,” kata Menteri Pendidikan Radzi Jidin.

Kata menteri kanan itu, maklumat lanjut mengenai hal berkenaan akan dikeluarkan melalui kenyataan media KPM sebentar lagi.

Pengumuman itu dibuat melalui klip video pendek yang dimuat naik di Facebook Radzi petang ini.

Untuk rekod sekolah yang berada dalam kumpulan A melibatkan negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, iaitu Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Sekolah kumpulan B pula melibatkan Perlis, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Tambah Radzi, KPM amat cakna dengan nasib dan kebajikan pada guru, murid dan ibu bapa dalam konteks situasi banjir semasa.

“Kita sedar ini satu tempoh yang amat sukar bagi semua pihak dan KPM memahami bahawa mereka memerlukan masa untuk kembali menyiapkan keperluan sebelum dapat mulakan sesi persekolah penggal ketiga.

“Kita doakan yang terbaik untuk mangsa banjir di seluruh negara dan insya-Allah sebarang keputusan dibuat KPM akan sentiasa mengambil berat kebajikan murid, ibu bapa dan guru,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: ditangguhKPMPembukaan Semula Sekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

Sesi Persekolahan Berjalan Seperti Biasa, Tidak Laksana PdPR – KPM

16/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan menegaskan bahawa sesi persekolahan di seluruh negara ketika ini...

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

Tahun Satu: KPM Sedia Adakan Libat Urus Bersama Tadika, Prasekolah Swasta Tak Puas Hati

18/02/2026
0

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd