• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pas Sedia Terima Amanah Sertai Muafakat Nasional

oleh Mohd Arshad
09/12/2021
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Pas bersedia untuk menerima Parti Amanah Negara (Amanah) menyertai Muafakat Nasional (MN) sekiranya parti itu tidak bersama dengan DAP dalam Pakatan Harapan.

Menurut Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, sama seperti yang berlaku kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas menerima penyertaan parti berkenaan dalam MN selepas tidak mempunyai hubungan dengan DAP.

Mohd Amar berkata, seiring dengan realiti politik semasa yang dinamik, keutamaan perlu diletakkan pada kepentingan agama dan negara.

“Sekarang ini kerana Amanah bersama DAP, itu isunya. Masa dulu kita tolak Bersatu kerana dia bersama DAP… bila mereka berpisah maka kita boleh berbincang, (apa akan jadi) masa depan kita tak tahu, tapi masa ini realitinya, politik ini dinamik dan kita pula lihat keperluan semasa dan kepentingan agama dan negara,” jelas Mohd Amar.

Beliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris yang membangkitkan penyatuan antara Pas dan Amanah.

UMNO sebelum ini memberi kata dua kepada Pas selepas parti itu dilihat mementingkan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) berbanding MN.

Walaupun Pas menegaskan bahawa MN perlu dikekalkan, UMNO sebaliknya menyifatkan Pas melanggari piagam yang dimeterai bersama.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang jelas bahawa hubungan MN bukan sahaja melibatkan Pas dan UMNO semata mata, sebaliknya, hubungan ke arah penyatuan ummah membabitkan parti Melayu lain dan badan bukan kerajaan (NGO).

Untuk itu MN, kata Abdul Hadi, tidak boleh diikat hanya antara Pas dan UMNO sahaja, sebaliknya, perlu meneroka ruang yang lebih besar iaitu melalui PN.

Mengambil kira kedudukan politik negara, ia tidak boleh mengenepikan prinsip majmuk dan tidak boleh mengikat UMNO dan Pas sahaja dalam MN yang bersifat eksklusif.

Mohd Amar juga berkata, tidak berbangkit soal MN diketepikan, sebaliknya, gagasan itu boleh dijadikan jambatan ke arah penyatuan bersama PN.

-Berita Harian

Tags: Amanahmuafakat nasionalPAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd