• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Ezanee Dilantik Sebagai ADC PM Berkuat Kuasa Hari Ini

oleh Mohd Arshad
16/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pelantikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal sebagai pegawai Aide De Camp (ADC) atau juru iring kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipercayai berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, masih tiada pengesahan lanjut daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) mahupun Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Satu sumber memberitahu Utusan Malaysia, pertukaran terbabit juga bagaimanapun tidak disiarkan di dalam sistem E-siar Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kebiasaannya, apa-apa maklumat pertukaran atau arahan akan disiarkan dalam E-siar termasuk pertukaran serta merta mana-mana pegawai,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Nik Ezanee ketika dihubungi Utusan Malaysia bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan memberitahu satu pemakluman akan dibuat PMO dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Utusan Malaysia tidak dapat memastikan pemakluman berkenaan berhubung perkara apa.

Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Utusan Malaysia turut enggan mengulas mengenai pelantikan itu memandangkan tiada arahan mengenai pertukaran tersebut.

-Utusan Online

Tags: ADC PMNik Ezanee
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kelulusan Kahwin Bawah Umur Tunjuk Penurunan – Idris Ahmad

Next Post

1,485 Petugas Bantuan PRN Sarawak

Related Posts

No Content Available
Next Post

1,485 Petugas Bantuan PRN Sarawak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd