• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MySJ Trace Boleh Dimuat Turun Hari Ini

oleh Mohd Arshad
26/12/2021
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
37
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melancarkan satu ciri tambahan baharu bagi aplikasi MySejahtera dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace).

Orang awam dinasihati mengemas kini aplikasi MySejahtera bagi mengaktifkan fungsi MySJ Trace itu dan ia boleh dimuat turun bermula hari ini.

MOSTI dan KKM menerusi kenyataan bersama hari ini memaklumkan, MySJ Trace adalah fungsi tambahan kepada aplikasi MySejahtera bagi memudahkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19 dengan menggunakan teknologi bluetooth.

Menurutnya, fungsi baharu itu dibangunkan bagi memenuhi keperluan program Find, Trace, Test, Isolate and Support (FTTIS), iaitu satu daripada program pemantauan KKM dalam aktiviti pencegahan dan mengawal penularan jangkitan Covid-19.

“Bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan Covid-19, pengguna mestilah mengaktifkan bluetooth dalam peranti mudah alih masing-masing sepanjang masa.

“Apabila seorang individu itu disahkan positif Covid-19, notifikasi akan diperoleh menerusi aplikasi MySejahtera bagi mendapatkan kebenaran untuk berkongsi maklumat kontak rapat yang dikesan,” katanya.

Katanya, sekiranya individu tersebut memberikan kebenaran, MySejahtera akan memberikan akses kepada KKM untuk melakukan penilaian risiko ke atas data-data kontak rapat yang dikesan daripada penggunaan bluetooth itu.

Jelasnya lagi, selepas kebenaran diberikan, KKM akan menjalankan aktiviti pengesanan kontak rapat yang dikenal pasti.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya individu yang didapati positif Covid-19 tidak memberikan kebenaran, MySejahtera tidak akan memberikan akses kepada KKM dan aktiviti pengesanan kontak rapat akan dilakukan secara manual.

“Aplikasi MySJ Trace menggunakan anonymized Unique User ID (UUID) dan tidak mengumpul maklumat pengguna serta geo-lokasi. Data tersebut hanya boleh diakses oleh KKM dan disimpan dalam peranti pengguna untuk tempoh 14 hari.

“Keseluruhan proses pengesanan kontak dan penyimpanan data juga adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya oleh kerajaan,” katanya.

Katanya, dengan bermulanya fungsi MySJ Trace ini, modul daftar keluar atau check-out akan diberhentikan dan dikeluarkan daripada aplikasi MySejahtera.

-Utusan Online

Tags: MySJ Trace
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Enam Maut Letupan Bom Bunuh Diri Di Congo

Next Post

Pejabat Labuan Shipyard Musnah Terbakar

Related Posts

No Content Available
Next Post

Pejabat Labuan Shipyard Musnah Terbakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd