• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘MyPrice Dashboard’ Pantau Harga Barangan Keperluan Terpilih

oleh Mohd Arshad
27/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Perubahan harga harian barangan keperluan terpilih kini boleh dipantau melalui MyPrice Dashboard.

Dibangunkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dengan kolaborasi bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) MyPrice Dashboard boleh dicapai melalui pautan https://tinyurl.com/MyPriceDOSM, mempamerkan harga barangan harian mulai 7 Dis.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam kenyataan hari ini berkata MyPrice Dashboard mempunyai empat kategori utama barangan keperluan terpilih iaitu ayam, daging dan telur; sayur-sayuran; ikan dan makanan laut serta buah-buahan.

Harga yang dipaparkan di MyPrice Dashboard adalah berdasarkan kepada tiga sumber iaitu harga yang diperoleh daripada pemantauan KPDNHEP, data perangkak dan pungutan harga oleh anggota DOSM di outlet terpilih.

“MyPrice Dashboard akan dikemas kini secara berkala untuk manfaat rakyat dan juga kerajaan khususnya dalam memantau perubahan harga,” katanya.

Di peringkat permulaan, MyPrice Dashboard mempunyai 36 barang keperluan terpilih termasuk 12 barangan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) dan buat masa ini, MyPrice Dashboard meliputi 137 outlet seluruh Malaysia.

Mohd Uzir berkata pemilihan 36 item tersebut adalah berdasarkan kepada item yang paling banyak digunakan dan menjadi pilihan kebanyakan isi rumah di Malaysia.

“MyPrice Dashboard bertujuan membekalkan harga harian bagi barang keperluan tersebut kepada pelbagai pihak serta membolehkan kerajaan memantau dan menganalisis trend perubahan harga yang berlaku,” katanya sambil menambah ia juga akan membantu isi rumah dalam mendapatkan maklumat yang lebih baik mengenai harga daripada sumber yang dipercayai.

Berkongsi contoh trend harga, Mohd Uzir berkata trend harga satu kilogram ikan kembong di Pasar Selayang Baru, Selangor menurun kepada RM20 pada 26 Dis berbanding RM24 pada 7 Dis manakala harga ikan yang sama di Pasar Basah Presint 8, Putrajaya adalah konsisten pada RM20 sekilogram sejak 7 Dis.

Mengenai kesan harga barangan berikutan banjir baru-baru ini di beberapa negeri, beliau berkata ia tidak memberi impak yang besar kepada paras harga keseluruhan.

“Namun dijangkakan terdapat kecenderungan untuk berlaku kenaikan bagi barang-barang yang mengalami peningkatan permintaan yang mendadak seperti peralatan rumah,” katanya.

Bernama-

Tags: Jabatan Perangkaan MalaysiaKos Sara HidupMyPrice
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

Wajibkan Pemandu Mabuk Tanggung Kos Sara Hidup Keluarga Mangsa – Firdaus Wong

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung tampil menyuarakan pandangan tegas berhubung isu pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian...

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

Anwar Pengerusikan Mesyuarat Khas Bincang Kos Sara Hidup

27/11/2022
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Tahun 2022...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd