• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MPKK Larang Jual Minuman Keras Di Kawasan Majoriti Islam

oleh Mohd Arshad
31/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Kangsar : Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK) akan melaksanakan larangan menjual minuman keras di semua kedai serbaneka di kawasan kependudukan majoriti penduduk beragama Islam di daerah ini bermula tahun 2022.

Yang Dipertua MPKK, Zulqarnain Mohamad berkata perkara itu bakal dikuatkuasakan melalui syarat permohonan atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah pentadbiran MPKK.

Menurutnya, perkara itu bakal dikuatkuasakan melalui syarat permohonan atau pembaharuan lesen perniagaan di bawah pentadbiran MPKK.

“MPKK ada kuasa untuk pelesenan yang membolehkan kita meletakkan syarat untuk melarang penjualan minuman memabukkan sama ada bir mahupun arak (liquor).

“Ini akan dibuat di kawasan (penduduk) yang majoriti Muslim untuk menjaga sensitiviti.

“Namun bukan semua kawasan (di Kuala Kangsar) kita akan laksanakan, ia masih dibenarkan namun beberapa syarat dikenakan dan di kawasan majoriti penduduk bukan Islam.

“Tahun 2022 kita akan mulakan untuk kawasan yang memang jelas majoriti penduduknya beragama Islam yang bermakna ia adalah mengikut kepada kes.

“Bermakna, orang (bukan Islam) di komuniti itu yang mahu mendapatkan minuman keras boleh membeli di luar kawasan itu namun minumlah di rumah sahaja supaya tidak menimbulkan gangguan kepada orang awam akibat mabuk dan seumpamanya,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sebarang keputusan bergantung kepada undang-undang atau akta di peringkat Persekutuan serta enakmen negeri berkaitan penjualan minuman keras itu.

Zulqarnain berkata perkara itu diputuskan melalui perbincangan dalam Mesyuarat Penuh Ahli Majlis MPKK Bilangan 11/2021 yang berlangsung di D’ Village Resort, Karai, di sini, semalam.

Zulqarnain berkata lagi, bagi premis yang khas menjual arak, ia adalah di bawah Enakmen Hiburan (Enakmen Hiburan Tempat-Tempat Hiburan 1997) yang bidang kuasanya berada di bawah kawalan Pegawai Daerah.

“Itu adalah ‘heavy liquior’ (arak dengan tinggi kadar alkohol), yang mana hanya kedai tertentu sahaja ia boleh dibeli. Tetapi untuk kedai serbaneka atau kedai runcit, yang itu barulah kita (MPKK) boleh kawal melalui lesen perniagaan mereka.

“Terbaharu, penguatkuasaan melalui lesen dilaksanakan terhadap sebuah kedai serbaneka di perumahan Taman Puncak Bougainvillea, di sini yang mana bagi memperbaharui lesen perniagaannya mereka tidak dibenarkan lagi menjual arak disebabkan kawasan itu jelas majoriti penduduk beragama Islam,” katanya.

-Harian Metro

Tags: minuman kerasMPKK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

Hadkan Lesen Jual Minuman Keras, Bendung Pemandu Mabuk

25/11/2024
0

Iskandar Puteri : Kerajaan negeri disaran membuat beberapa penambahbaikan bagi mengurangkan kes kemalangan membabitkan pemandu di bawah pengaruh alkohol, termasuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd