• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Menteri Bangladesh Tolak Unsur ‘Sindiket’ Dalam MOU Baru Malaysia

oleh Mohd Arshad
18/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh Imran Ahmad mengesahkan bantahan terhadap sekurang-kurangnya satu cadangan Putrajaya di bawah syarat pengambilan pekerja baru yang dijangka ditandatangani hujung minggu ini di Kuala Lumpur.

Secara khususnya, Imran berkata kementeriannya berhasrat untuk menyingkirkan “sindiket” yang dibentuk oleh senarai agensi terpilih yang dibenarkan menjalankan proses pengambilan, satu amalan yang pada masa lalu dikaitkan dengan peningkatan kos dan pelbagai penyelewengan.

“Saya tidak memihak kepada mana-mana sindiket. Dan dalam semua yang kami cadangkan daripada kementerian saya, tidak ada ruang untuk sindiket.

“Daripada kementerian kami, kami tidak akan membenarkan sebarang skop untuk sindiket,” kata Imran kepada pemberita di kementeriannya di Dhaka, Bangladesh, pada Jumaat.

Malaysiakini memperoleh rakaman audio dan terjemahan kenyataan Imran, asalnya dalam bahasa Bengali.

Difahamkan, dia berkata demikian sebagai menjawab kebimbangan yang dibangkitkan Persatuan Agensi Pengambilan Antarabangsa Bangladesh (Baira) yang meminta peluang sama rata untuk kesemua hampir 1,600 ahlinya dibenarkan menghantar pekerja ke Malaysia.

Sumber yang rapat dengan rundingan sebelum ini mendedahkan bahawa Putrajaya, melalui mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama awal tahun ini, mencadangkan penglibatan hanya senarai terpilih 25 Agensi Pengambilan Bangladesh (BRA) dan 250 BRA bersekutu.

“Saya tahu banyak perkara telah berlaku pada masa lalu. Tetapi selepas memikul tanggungjawab ini saya cuba untuk menyingkirkan masa lalu itu.

“Sama ada saya akan berjaya atau tidak bergantung kepada pemeteraian memorandum persefahaman (MOU),” kata Imran yang turut berkata kos pengambilan yang “jauh lebih rendah” akan ditentukan selepas perjanjian ditandatangani.

Imran dilantik sebagai menteri dua bulan selepas kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH), pada 1 Sept 2018, menggantung pengambilan pekerja dari Bangladesh – pada masa itu oleh 10 BRA terpilih dan sekutu mereka – di bawah Sistem Permohonan Pekerja Asing.

Pada 1 Nov 2018, akhbar Bangladesh The Daily Star membuat laporan susulan terhadap perintah penggantungan itu, mendedahkan bagaimana Putrajaya di bawah pemerintahan BN telah memilih 10 BRA daripada lebih 700 agensi yang dicadangkan, didakwa tanpa asas.

Pengambilan yang digantung itu dilaporkan bermula pada 10 Mac 2016, apabila menteri dalam negeri ketika itu Ahmad Zahid Hamidi memulakan sistem “Government to Government Plus” yang menggantikan perjanjian dua hala langsung.

Bulan lalu, Menteri Sumber Manusia M Saravanan mendedahkan kebimbangan Malaysia menjadi “tempat pembuangan” pekerja Bangladesh, dalam membantah permintaan kononnya untuk 2,000 agensi pengambilannya dibenarkan menghantar pekerja ke sini.

Imran dijangka tiba di Kuala Lumpur dari Dhaka lewat hari ini (Sabtu) tetapi butiran mengenai sebarang pertemuan terakhir dengan Saravanan dan proses menandatangani MOU setakat ini masih belum jelas.

Setelah ditandatangani, MOU baru itu akan memulakan pengambilan baru pekerja dari Bangladesh untuk mengisi kekosongan segera dalam sektor pembuatan, perladangan dan lain-lain sektor yang terjejas akibat penutupan sempadan sejak bermulanya pandemik Covid-19 awal tahun lepas.

-Malaysia Kini

Tags: BangladeshMoU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd