• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir KKMM Mohon Moratorium Pembayaran Sewa Kuarters

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG : Kakitangan Kementerian Komunikasi, Multimedia Malaysia (KKMM) yang terjejas akibat banjir baru-baru ini memohon pertimbangan pihak kementerian bagi memberi moratorium penangguhan pembayaran sewa kuarters.

Wakil Penduduk Cawangan Pengesan Siaran (CPS) KKMM Klang Suhaimi Sulaiman, 48, yang bertugas di ibu pejabat Radio Televisyen Malaysia (RTM) Angkasapuri berkata perkara itu pastinya dapat membantu 20 penduduk kuarters dari lima keluarga terbabit untuk memulakan fasa pemulihan daripada bencana.

“Jika pihak kementerian boleh memanjangkan perkara ini ianya satu keputusan yang istimewa agar dapat memberi kami sekurang-kurangnya moratorium tiga bulan kerana bayaran tersebut kami boleh gunakan untuk proses pemulihan kami,” katanya kepada Bernama.

Suhaimi dan penduduk CPS adalah antara yang menerima bantuan bencana banjir dari KKMM yang diserahkan oleh Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek semalam.

Beliau berkata pihaknya amat berbesar hati dengan sumbangan diberikan yang secara langsung menunjukkan keprihatinan pihak kementerian terhadap nasib menimpa kakitangannya dan menjadi penyuntik semangat untuk mereka bangkit semula.

Sementara itu, beberapa penduduk Padang Jawa yang turut terjejas akibat bencana sama memaklumkan kepada Bernama bahawa bantuan wang tunai seperti inisiatif Bantuan Wang Ihsan (BWI) akan dimanfaatkan oleh mereka untuk menampung sebahagian kos pembelian keperluan rumah seperti perabot dan peralatan elektrik.

Khairul Mohd Jaafar, 45, berkata pihaknya setakat ini belum lagi menerima bantuan BWI dan bantuan kewangan kerajaan negeri.

“Ramai perlukan wang tunai untuk berbelanja, sebagai contoh perabot dan barang elektrik di rumah saya rosak sepenuhnya termasuk tilam dan pintu rumah kayu juga sudah tidak boleh ditutup kerana kembang akibat banjir,” katanya.

Selain itu seorang peniaga air, Mohd Nor Rashid, 43, berkata keluarganya memerlukan bantuan wang tersebut bagi membeli keperluan rumah termasuk tikar getah dan dapur memasak baharu.

“Alhamdulillah kami bersyukur jika itu dapat ringankan bebanan kami. Saya berniaga air dan barang-barang perniagaan saya semuanya rosak kecuali mesin tebu dan dengan bantuan kewangan itu nanti bolehlah saya memulakan hidup kembali,” katanya.

-Awani

Tags: BanjirKKMMmangsa banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd