• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mampu Cipta Kejutan

oleh Mohd Arshad
05/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin skuad Harimau Malaya mampu menampilkan prestasi terbaik pada saingan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia (AFF) yang membuka tirai hari ini.

Beliau berkata skuad kebangsaan yang akan memulakan saingan menentang Kemboja esok, telah membuat segala persiapan dan persediaan terbaik bagi mengharungi saingan yang berlangsung di Singapura.

“Namun, bola itu bulat apa juga boleh berlaku. Saya berharap penyokong bola sepak memberi sokongan kepada pasukan yang membawa nama negara.

“Jika kita jatuh kita bangkit semula dan apa juga keputusannya kita perlu belajar dan terus memperbaiki prestasi kita,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Kesukarelawanan Belia Peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Malaysia yang juga juara edisi 2010 akan meneruskan saingan Kumpulan B berdepan Laos pada 9 Dis, diikuti Vietnam (12 Dis) dan Indonesia (19 Dis ) dalam misi mencapai sasaran mara ke pentas akhir buat kali kedua berturut-turut.

Sementara itu, Ahmad Faizal melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan skuasy lelaki dan wanita negara yang muncul juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berharap momentum kemenangan itu dapat dikekalkan dalam siri kejohanan antarabangsa seterusnya dengan memastikan atlet negara terus mendominasi sukan berkenaan.

Skuad wanita negara berjaya merampas kembali gelaran juara Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia daripada Hong Kong sekali gus mengesahkan status selaku pasukan terbaik benua ini.

Kejayaan Malaysia menewaskan juara bertahan 2-1 pada aksi final di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini turut menyaksikan Malaysia kekal sebagai pasukan paling banyak meraih gelaran berkenaan dengan kejuaraan kali ke-10.

Sementara itu, skuad lelaki negara turut cemerlang apabila menamatkan kemarau kejuaraan selama 13 tahun mengatasi India 2-1 pada final kategori lelaki.

Bernama-

Tags: Piala AFFSkuad Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Panggil 7 Individu Dirakam Percakapan

Next Post

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Kanak-kanak Mati Didera

Related Posts

Skuad Harimau Malaya Selamat Tiba Di Bangkok

Skuad Harimau Malaya Selamat Tiba Di Bangkok

08/01/2023
1

BANGKOK: Tidak sampai 24 jam 'bertarung' di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, skuad Harimau Malaya akhirnya tiba di Lapangan...

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

59,000 Tiket Separuh Akhir Piala AFF Licin Terjual

05/01/2023
1

PETALING JAYA – Laris bagai ‘pisang goreng panas’ apabila tiket separuh akhir Malaysia menentang Thailand dalam Piala Persekutuan Bola Sepak...

Next Post

Polis Lengkapkan Kertas Siasatan Kanak-kanak Mati Didera

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd