• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Kerajaan

oleh Mohd Arshad
22/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung kewarganegaraan automatik diberikan kepada kanak-kanak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md. Said yang bersidang bersama-sama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk See Mee Chun sebulat suara memutuskan demikian selepas mendapati tiada keadaan istimewa yang membolehkan penangguhan tersebut diberikan sementara menunggu rayuan didengar.

“Kami berpendapat bahawa kes ini bukanlah satu kes biasa yang membabitkan barangan atau wang ringgit. Ia membabitkan hak seorang kanak-kanak dan hak ini telah dinyatakan dalam perintah Mahkamah Tinggi. Responden tidak seharusnya dinafikan daripada mendapat faedah rentetan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

“Sekiranya pihak perayu berjaya dalam rayuan dan dapat membatalkan perintah mahkamah, maka ini bermakna status warganegara akan ditarik balik. Ini adalah risiko yang responden ketahui dan penarikan balik status warganegara itu juga bukanlah satu keadaan istimewa. Kami tidak dapat melihat bagaimana rayuan yang akan didengar nanti akan menjadi sisa-sia sekiranya penangguhan tidak diberikan,”kata Hakim Kamaludin.

Merujuk kepada isu kemungkinan timbulkan komplikasi sekiranya rayuan dibenarkan, panel terbabit menyatakan perayu yang terdiri daripada Kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, boleh memohon perintah berkaitan bagi membatalkan perintah Mahkamah Tinggi.

“Keputusannya, kami tidak merasakan wujud keadaan istimewa yang membolehkan mahkamah ini menggunakan budi bicara kami untuk membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 9 September 2021. Dengan ini, permohonan adalah ditolak tanpa sebarang perintah terhadap kos,”kata hakim itu.

Pada prosiding yang dijalankan secara dalam talian, pihak perayu diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Liew Horng Bin manakala Association of Family Support and Welfare Selangor & Kuala Lumpur (Family Frontiers) dan enam ibu rakyat Malaysia yang dinamakan sebagai responden dalam permohonan tersebut diwakili peguam, Datuk Dr. Gurdial Singh Nijar.

Pendengaran penuh rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi itu akan didengar pada 23 Mac 2022. Pada tarikh tersebut Mahkamah Rayuan akan turut mendengar satu lagi kes kewarganegaraan yang melibatkan seorang wanita yang dilahirkan di luar negara beribukan warganegara Malaysia.

Pada 9 September lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akhtar Tahir memutuskan perkataan ‘bapa’ dalam Jadual kedua Perlembagaan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Keputusan itu dibuat ketika membenarkan saman pemula difailkan bagi menuntut perisytiharan yang anak wanita warga Malaysia tetapi berkahwin dengan rakyat asing, secara automatik layak memperoleh kewarganegaraan walaupun anak itu dilahirkan di luar negara.

Ia selaras dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan yang dibaca bersama dengan Perkara 14 (1)(b) yang tidak bercanggah dengan Bahagian (1)(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan.

Pada 18 Disember 2020, Family Frontiers dan enam ibu warganegara Malaysia selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan kerajaan sebagai defendan tunggal

Plaintif antara lain memohon perisytiharan agar Seksyen 1(b) dan Seksyen 1(c) Jadual Kedua Bahagian II Perlembagaan dibaca bersama Perkara 8(2) dengan memasukkan sekali perkataan ibu sebagai syarat bagi kanak-kanak dilahirkan di luar negara diberi taraf kerakyatan secara automatik.

-Utusan Online

Tags: Mahkamah Rayuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd