• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Loji Proses Ayam Di Thailand, China Disahkan JAKIM

oleh Mohd Arshad
08/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) mengesahkan semua loji memproses ayam di Thailand dan China bagi mengeksport keratan dan daging ternakan itu ke Malaysia adalah masih sah dan diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM).

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor, berkata terdapat sembilan loji ayam yang diluluskan untuk mengeksport daging ayam dan keratan ayam di negara Thailand dan dua di negara China.

Mengulas lanjut beliau berkata, senarai loji di laman sesawang JPV dikemaskini dari semasa ke semasa dan loji yang didapati tidak mematuhi syarat import yang

ditetapkan kerajaan Malaysia akan digantung kelulusan eksport.

“Notifikasi penggantungan akan dipaparkan pada nama loji itu di laman

sesawang JPV untuk makluman pihak berkepentingan.

“Sehubungan itu, JPV mengesahkan semua loji ayam yang disenaraikan di laman sesawang JPV adalah masih sah untuk mengeksport ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat sebuah video yang tular di media sosial yang menampilkan seorang penceramah bebas mendakwa loji ayam Thailand dan China yang mengeksport produk ayam ke Malaysia sudah tamat tempoh dan tidak halal.

Pada masa sama, Norlizan berkata, JPV memandang serius dakwaan dalam video berkenaan, sekali gus menafikan dakwaan penceramah bebas terbabit.

Beliau berkata, Badan Pengesahan Halal Luar Negara yang mengawal selia aktiviti

penyembelihan halal di loji ayam Thailand iaitu Majlis Pusat Islam Thailand dan Perkhidmatan Pensijilan Halal Shandong di China adalah masih sah tempoh pengiktirafan oleh JAKIM sehingga 31 Disember 2023.

“Justeru orang awam diingatkan supaya merujuk kepada Pihak Berkuasa Veterinar untuk mendapatkan keterangan dan pengesahan perkara yang berkaitan sahih sebelum membuat sebarang hebahan dalam media sosial bagi mengelakkan spekulasi, ” katanya.

BHonline-

Tags: Jakimloji proses ayam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayi Empat Bulan Maut Baru Sebulan Dijaga Pengasuh

Next Post

MediCOM Buka Klinik Wakaf Kedua Di Pulau Mabul

Related Posts

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

‘Sandwic Dijual Di UM Sah Tiada Sijil Halal’ – Jakim

13/01/2025
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan sandwic 'ham dan keju' yang dijual di kedai serbaneka di Universiti...

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

Tular Video Puji Pendakwah Berlebihan, Jakim Digesa Ambil Tindakan

10/10/2024
0

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa mengambil tindakan mengenai video tular di media sosial melibatkan seorang pendakwah...

Next Post

MediCOM Buka Klinik Wakaf Kedua Di Pulau Mabul

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd