• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Lockdown’ Bukan Penyelesaian Kepada Omicron: WHO

oleh Mohd Arshad
06/12/2021
dalam Gaya Hidup, Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pelaksanaan total lockdown atau perintah berkurung bukan satu penyelesaian bijak kepada penularan varian baharu Covid-19, Omicron yang terus meningkat sejak kebelakangan ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengarah Serantau WHO, Dr Poonam Khetrapal Singh berkata, perintah berkurung sekadar salah satu daripada kaedah yang boleh dipertimbangkan namun bukanlah satu-satunya jalan keluar kepada penularan varian baharu itu.

“Ia boleh dijadikan sebagai pilihan terakhir kerana pelaksanaan lockdown sebelum ini terbukti melibatkan kos yang tinggi dan menyusahkan orang ramai.

“Justeru langkah-langkah kesihatan awam seperti pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) dan meningkatkan kadar vaksinasi perlu diberi tumpuan,” katanya di sini, pada Sabtu.

Omicron berisiko ‘sangat tinggi’ di seluruh dunia, walaupun wujud ketidakpastian mengenai bahaya dan tahap penularan strain baharu itu.

Ia dikesan mempunyai jumlah mutasi lebih 30 kali selain mempunyai kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding Delta.

Strain COVID-19 yang pertama kali ditemui di Afrika Selatan itu kini sudah merebak kepada 38 negara termasuk Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Belanda, United Kingdom, India dan Sri Lanka.

Namun demikian setakat ini, belum ada sebarang kematian direkodkan yang disebabkan varian baharu ini.

Mengulas lanjut, berdasarkan maklumat awal, Poonam menjangkakan, dunia bakal menyaksikan lonjakan kes memandangkan kadar transmisi COVID-19 melibatkan varian baharu ini adalah tinggi.

Namun demikian, katanya, adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa vaksin yang sedia ada pada ketika ini mampu memberi perlindungan dan mengelakkan kematian.

Menyentuh mengenai sekatan perjalanan yang dikuatkuasakan oleh kebanyakan negara, beliau berkata, pelaksanaan itu tidak akan menghalang penularan merentasi negara.

Sebaliknya, kata beliau, ia hanya akan menambah beban kepada kehidupan seharian dan mata pencarian.

“Meskipun berkesan namun ia adalah langkah yang sangat mahal dan harus dilihat sebagai pilihan terakhir,” jelas beliau lagi.

-Sinar Harian

Tags: lockdownvarian omicronwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd