• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lima Lagi Insiden Tanah Runtuh Direkodkan, Keseluruhan 126

oleh Mohd Arshad
30/12/2021
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lima lagi insiden tanah runtuh direkodkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) hari ini menjadikan keseluruhan 126 kejadian tanah runtuh berlaku sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2021.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pertambahan lima kejadian tanah runtuh itu berlaku membabitkan Pahang (dua kes) Selangor (dua kes) dan Kuala Lumpur (satu kes).

Jumlah itu menjadikan keseluruhan insiden tanah runtuh yang berlaku di Selangor adalah 51 kes, Pahang (40), Negeri Sembilan (17), Kuala Lumpur (lapan), Sarawak (enam), Terengganu (tiga) dan Melaka (satu).

Dalam pada itu, Tenaga Nasional Bhd (TNB) Careline menerusi hantaran di Facebook memaklumkan bekalan elektrik di 852 kawasan yang terjejas banjir di Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan telah dipulihkan setakat pukul 12 tengah hari ini.

Ia meliputi 525 kawasan di Pahang, 183 kawasan di Selangor, 119 kawasan di Kuala Lumpur dan 25 kawasan di Negeri Sembilan.

“Jika banjir sudah surut di kawasan anda tetapi masih belum menerima bekalan elektrik, hal ini disebabkan oleh pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan elektrik ke premis anda masih belum benar-benar selamat untuk diaktifkan,” menurut hantaran itu.

TNB Careline turut memberitahu tiga kawasan di Selangor, dua kawasan di Negeri Sembilan dan masing-masing satu kawasan di Pahang serta Kuala Lumpur masih belum mendapat bekalan elektrik demi keselamatan pengguna setempat.

Selain itu menurutnya usaha sedang giat dijalankan oleh TNB bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, bergantung kepada akses dan keadaan setempat.

TNB Careline juga menasihati pelanggan supaya memastikan peralatan elektrik yang ditenggelami banjir telah kering terlebih dahulu sebelum digunakan.

Bernama-

Tags: JMGMTLtanah runtuh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dua Diburu Terlibat Kes Curi Ford Ranger

Next Post

TERKINI: 5,788 Mangsa Banjir Di 61 PPS Lima Negeri

Related Posts

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

Tanah Runtuh: Polis Minta Penghuni 20 Unit Rumah Di Taman Melawati Berpindah

15/10/2024
0

AMPANG JAYA: Kejadian tanah runtuh di lereng bukit di Taman Melawati, di sini, telah menyebabkan beberapa kawasan kediaman di Jalan...

Sebabkan Kematian Danial, Nasib Wei Liang Diketahui Khamis Ini

Lebih 60 Maut Tanah Runtuh Di Tanzania

05/12/2023
0

DAR ES SALAAM: Sekurang-kurangnya 68 orang maut dalam kejadian tanah runtuh di utara Tanzania, berikutan hujan lebat sejak Sabtu, lapor...

Next Post

TERKINI: 5,788 Mangsa Banjir Di 61 PPS Lima Negeri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd