• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tempoh Penunaian Bantuan Khas Sehingga 31 Jan, 2022

oleh Mohd Arshad
23/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan akan melanjutkan tempoh penunaian bagi bantuan-bantuan khas sehingga 31 Jan, 2022, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata ia adalah bagi penerima bantuan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang terkesan akibat banjir.

“Bantuan-bantuan melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) ini sepatutnya berakhir pada 31 Dis, 2021,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Seruandi Saad yang ingin tahu usaha kementerian bagi memudah cara agihan bantuan-bantuan khas yang diberikan kepada rakyat agar tiada keciciran bantuan pada masa hadapan.

Sementara itu, Mohd Shahar berkata bantuan tunai langsung kerajaan pada 2021 berjumlah RM17.1 bilion dan disalurkan secara berterusan mulai Januari hingga Disember 2021 yang melibatkan Bantuan Prihatin Nasional (BPN), BPR, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

“Paling terkini adalah pembayaran BKC Fasa 3 mulai 20 Dis, 2021 yang melibatkan 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 dengan nilai bantuan sebanyak RM300 dan implikasi kewangan berjumlah RM1.2 bilion,” katanya.

Bagi 2022, kerajaan telah menyediakan bantuan tunai B40 dengan peruntukan RM8.2 bilion bagi BKM yang telah disediakan di bawah Kumpulan Wang COVID-19 (KWC).

“Secara keseluruhan, BKM akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah BPR,” katanya.

-Awani

Tags: kementerian kewanganpenuaian bantuan khas
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

13 Juta Penduduk Xi’an Kena Sekatan Pergerakan

Next Post

‘Kalau Air Naik, Saya Selamatkan Orang Awam Dulu, Nak Tunggu Apa Lagi?’

Related Posts

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

Kementerian Kewangan Sedang Perinci Penggunaan MyKad, E-dompet Bagi Pembelian RON95

12/11/2024
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Kewangan (MOF) sedang meneliti mekanisme penggunaan MyKad dan e-dompet dalam melaksanakan penyasaran subsidi minyak RON95. IKUTI...

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

Kementerian Kewangan Tentukan Mekanisme Pelarasan Harga Diesel

30/05/2024
0

PUTRAJAYA : Mekanisme pelarasan harga diesel selepas pelaksanaan subsidi bersasar dilaksanakan kelak, akan ditentukan oleh Kementerian Kewangan. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

Next Post

'Kalau Air Naik, Saya Selamatkan Orang Awam Dulu, Nak Tunggu Apa Lagi?'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd