• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Klinik Swasta Ubah Keputusan Ujian Saringan COVID-19

oleh Mohd Arshad
14/12/2021
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JASIN: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka akan membuat laporan polis susulan tindakan tidak bertanggungjawab sebuah klnik swasta di negeri itu yang dikesan memalsukan keputusan ujian pantas antigen (RTK Ag) COVID-19 pesakitnya, daripada positif kepada negatif.

Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri, Dr Muhammad Akmal Saleh berkata, siasatan awal yang dijalankan setakat ini mengesan sekurang-kurangnya enam keputusan ujian saringan diubah oleh seorang doktor yang bertugas di klinik berkenaan dengan menerima ‘upah’ tertentu.

Beliau berkata, kes pertama berkenaan mula dikesan selepas seorang pesakit COVID-19 yang menerima rawatan di Hospital Melaka mengakui ujian saringan awal yang dilakukannya di klinik swasta di kawasan Ayer Keroh itu, didapati positif.

Bagaimanapun, kerana tidak mahu dikuarantin, keputusan itu diubah oleh doktor yang bertugas selepas menerima habuan tertentu.

Susulan itu katanya, pesakit lelaki yang juga pekerja kilang itu kini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka kerana lewat menerima rawatan.

Rentetan kes itu, siasatan lanjut mendapati, sekurang-kurangnya enam keputusan ujian telah diubah dan pihaknya sedang mengumpulkan bukti sebelum laporan polis dibuat dalam masa terdekat.

“Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum bahawa terdapat aduan mengenai salah laku yang dilakukan klinik swasta dalam Melaka ini, iaitu ada satu klinik yang terlibat yang memalsukan ujian RTK antigen daripada positif kepada negatif.

“JKN negeri tidak akan bertolak ansur dan akan bertegas dalam hal ini. Ia melibatkan bukan sahaja keselamatan pesakit malah melibatkan keselamatan masyarakat sekeliling.

“JKN negeri sedang mengumpul bukti dan dalam masa terdekat ini kita akan serahkan kepada polis untuk ambil tindakan di bawah Akta 342. Saya ingin menegaskan bahawa JKN tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau klinik swasta yang tidak mengamalkan integriti dan menyebabkan salah laku terutamanya melibatkan keselamatan pesakit dan masyarakat sekeliling,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pejabatnya di Merlimau pada Isnin.

Mengulas lanjut ujarnya, laporan polis akan dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Dalam perkembangan lain ujarnya, sebanyak 12 kluster dikesan masih aktif di Melaka melibatkan enam kluster industri, empat kluster melibatkan sektor pendidikan dan dua kluster tempat kerja.

Awani-

Tags: JKN Melakaujian saringan Covid-19
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

1 Maut, 13 Cedera Dalam Kejadian Tembakan Rambang Di Texas

Next Post

Peniaga Dikesan Jual Tauhu Mahal

Related Posts

No Content Available
Next Post

Peniaga Dikesan Jual Tauhu Mahal

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd